August 5, 2010

SPRM KENA SIASAT SEMUA PEMIMPIN SETIAWANGSA?

Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan mengenai provokasi penulis blog 'anak kuala Lumpur' bertarikh 3 Ogos yang lalu yang begitu teruja menuding jari hanya kepada Datuk Astaman supaya disiasat oleh SPRM kononnya berlaku sogokan wang dari beliau semata-mata untuk memenangi G7 di peringkat UMNO Bahagian Setiawangsa pada 11 Julai lalu (Lihat keratan akhbar BH 22 Julai 2010).

Saya tidak pasti samada SPRM sudah melakukan siasatan kepada individu yang ditunjuk itu. Namun saya tidak boleh menafikan wujudnya konspirasi untuk mengaibkan bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju itu, kerana beliau merupakan di antara tujuh calon yang telah berjaya memenangi kerusi G7 bagi mewakili UMNO Bahagian Setiawangsa ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini, itu pun beliau hanya menduduki tempat ke-4 (95 undi) di bawah Samad Saim, Rahman Hashim dan Azhar Kassim.

Akhbar Berita Harian dan The Star tidak mungkin mensensasikan berita yang berkaitan itu tanpa mendapat sumber maklumat daripada 'pengadu' yang mungkin juga mengetahui secara sedar bahawa sebenarnya Astaman tidak menyogoknya dengan duit sebagaimana yang didakwa.

Sebagaimana kupasan saya sebelum ini mengenai isu yang sama, saya sekali lagi ingin mempersoalkan apakah setiap mereka yang telah diberikan undi secara majoriti sehingga menang, maka kita boleh andaikan berlakunya sogokan duit kepada setiap orang yang memberikan undiannya itu? Kalaulah begitu andaiannya, maka malang sungguh Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang mengetuai UMNO Bahagian Setiawangsa kerana kesemua perwakilannya dianggap sebagai mata duitan.

Saya sendiri sebagai ketua perwakilan bagi UMNO Cawangan Rampai Town yang turut mengundi untuk G7 pada hari tersebut tidak disogokkan dengan duit untuk saya mengundi calon pilihan saya iatu Datuk Astaman, Abdul Rahman Hashim, Samad Saim, Shari Sidek, Ahmad Laili, Abas Mohd. Dom dan Haji Yahya Bakar.

Apakah benar Samad Saim, Rahman Hashim dan lima yang lainnya yang menang itu telah menyumbatkan duit ke temolok perwakilan sehingga membuatkan mereka berjaya? Jika Astaman hendak disiasat, saya juga ingin mengesyorkan agar yang lain juga wajar disiasat. Jika mereka yang berkenaan itu selain Astaman tidak disiasat, saya berpendapat pengadu itu tidak berlaku adil malah bermotif jahat terhadap individu tertentu sahaja.

Mungkin pengadu yang jahat itu tidak berhajat untuk mendakwa Samad Saim, Rahman Hashim, Azhar Kassim, Mat Laili, Shari dan Wan Zainal juga menang kononnya tiada bukti sahih mereka menghulur duit, tetapi benarkah pengadu itu ada menerima duit dari Datuk Astaman sendiri untuk mengundinya?


Mereka berdua pernah berentap, didakwa pernah main duit?

Saya berkata demikian kerana saya masih teringat ketika Shuib Ibrahim menentang Dato' Halim Samad merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa pada tahun 2008, heboh memperkatakan berlakunya tabur menabur duit kepada para perwakilan supaya memilih mereka.

Ada yang melaporkan kepada saya Shuib (kini Bendahari UMNO Bahagian Setiawangsa) telah menyogok sekitar RM300 - RM500 kepada perwakilan di hari-hari terakhir musim pemilihan pada masa itu, begitu juga ada yang melaporkan Dato' Halim yang beregu dengan Dato' Fauzi Zahari pada masa itu turut memeriahkan suasana sogok menyogok duit melalui macainya Azhar Kassim. Dato' Izudin yang turut bertanding Naib Ketua Bahagian menentang Dato' Fauzi Zahari juga tidak terkecuali berpesta menyogok wang ringgit kepada perwakilan.


Mereka pernah berentap jawatan Naib Ketua Bahagian 2008

Saya kira ramai kawan-kawan saya yang boleh mengesahkan betapa mereka merasakan kemeriahan wang ringgit semasa musim pemilihan jawatan pada tahun 2008 yang lepas. Saya ingin mengesyorkan kepada anda yang telah disogok dengan wang seumpama ini supaya turut melaporkan kepada SPRM bagi memanaskan lagi bahang bencana rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagian Setiawangsa ini.

Walaupun perbuatan menyogok wang itu berlaku pada tahun 2008, namun saya yakin SPRM tidak mungkin berdalih dan berhelah untuk menyiasat dan mengambil tindakan kepada mereka yang terbabit itu....baru adil!

Akhirnya saya ingin sarankan agar Dato' Sri Zulhasnan Rafique tidak lagi meneruskan hajatnya untuk memimpin UMNO Bahagian Setiawangsa yang telah diselaputi dengan rasuah politik wang yang kelihatannya melibatkan Bendahari anda sendiri. Nampaknya selepas ini SPRM akan bekerja lebih masa untuk menyiasat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Setiawangsa yang didapati sebati dengan permainan duit. Ramai yang berminat untuk menjadi pengadu kepada SPRM, kerana mereka berpendapat Zulhasnan telah memberi lampu hijau untuk mengotorkan imej kepimpinannya sendiri.

Cukuplah...berilah peluang kepada orang baru yang bukan sahaja bersih malah kelihatan lebih bersih dan lebih berwibawa untuk mengemudi UMNO di Bahagian ini. UMNO bukan milik individu dan bukan pula sebuah syarikat Sdn. Bhd. yang hanya dimiliki oleh beberapa orang rakan kongsi sahaja.


53 comments:

  1. Cukuplah...berilah peluang kepada orang baru yang bukan sahaja bersih malah kelihatan lebih bersih dan lebih berwibawa untuk mengemudi UMNO di Bahagian ini. UMNO bukan milik individu dan bukan pula sebuah syarikat Sdn. Bhd. yang hanya dimiliki oleh beberapa orang rakan kongsi sahaja.

    Nak tanya sape yang di maksudkan olih penulis sebagai bersih dan berwibawa tu Dato Astaman ke yang dah di gantung 3 tahun olih UMNO Malaysia kerana rasuah politik dan yang dan di tendang olih UMNO Wangsamaju.Kalau beliau lah, Penulis blog ni memang dah sasau atau dah kenyang sangat.

    ReplyDelete
  2. Sdr Ahmad Yahya yaakub, saya harp sdr hentikanlah perbuatan memalukan UMNO di kelayak ramai. Jangan di buka pekung dan hebahkan kerana blog saudara ini di baca juga olih musuh UMNO.Itu pun kalau masih sayangkan UMNO.

    -PENYOKONG SETIA-

    ReplyDelete
  3. nak kata pak ya bertanding tak la pulakkkk.....nak kata mat ya bertanding pun tak laaa pulak...jadi dari rampai town sapa yang bertanding...tak astaman.....so duit tu pak ya bagi untuk sapa......m.razali..tu balaci pak ya pulak.....siap bawa budak budak dia ajar cara berkempen laa konon katanya....hahahahah macam macam perangai orang sekarang.............

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kpd 'penyokong setia', saya bersetuju saranan anda itu supaya kita tidak membuka pekung di dalam blog seumpama ini, tetapi tahukah anda bahawa ada individu tertentu yang gatal mulut dan begitu celupar mendedahkan isu ini terlebih awal? Saya hanya ingin membuat ulasan dan menjawab serba sedikit, lagi pun ada yg berminat menyentuh nama saya dlm isu yang karut itu.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya merasakan komen komen yg diberikan oleh sdr ahmad yahya wajar dan saranan saranan beliau harus diberi perhatian yg serius oleh pihak berkuasa dan ahli ahli umno bahagian setiawangsa.Jelas dan nyata kemasukan dato astaman ke umno bahagian setiawangsa dan kerajaan beliau memenangi pertandingan G7 baru baru ini menimbulkan rasa tidak senang dan gentar dikalangan beberapa ahli umno disetiawangsa.Saya katakan sedemikian kerana dari sebelum resminya dato astaman menjadi ahli umno setiawangsa,macam macam cerita negatif telah saya dengar tentang peribadi beliau dan tidak ketinggalan andaian andaian sebab penghijrahannya yg mana kalau dipercayai sudah pasti akan menimbulkan keresahan dikalangan pemimpin pemimpin tertinggi dibahagian dan juga mereka mereka yg bercita cita utk meningkatkan karier politik.Segala kejayaan.khidmat bakti,kemurahan hati dan sokongan yg diperolehi oleh dato astaman akan secara otomotik dikaitkan dgn wang ringgitnya seolah olah pada mereka mereka yg tertentu ini dato astaman ini langsung tidak mempunyai kewibaaan dan sikap kepimpinan.Mungkin mungkin mereka ini mempunyai sebelah mata sahaja....mata cheme kata kawan kawan saya masa kecil dahulu sebab itu mereka tidak dapat melihat dgn jelas dan menyeluroh.
    Apakah fakta fakta yg ada pada mereka mereka yg mengataka dato astaman tidak dikehendaki diwangsamaju?Adakah kekalahan beliau dlm merebut jawatan timbalan ketua bahagian tempuh
    hari dijadikan kayu pengukur utk mencapai konklusi sedemikian?Kalau kalah bertanding menjadi kayu pengukurnya maka bermasaalah lah kita dlm umno kerana ramailah pemimpin umno yg patut mengundur diri termasuklah dato zulhasnan dan shuib ibrahim yg masing masing pernah kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua bahagian,timbalan ketua bahagian diwangsamaju dan setiawangsa.Saya juga hairan kenapa ada golongan golongan yg tidak bertanggong jawab me war warkan dimereta tempat bahawa dato astaman bercita cita utk menjadi ketua bahagian dan wakil takyat.Mereka mereka pernah dengar dari mulut dato astaman ke perkara tersebut atau sengaja diadakan utk dijadikan 'smoke' utk melindungi pergerakan mereka utk menaikkan tokoh tokoh tertentu.Saya ada juga mendengar desas desus ada diantara pemimpin tertinggi umno bahagian setiawangsa yg bercita cita utk menjadi wakil rakyat dan kuncu kuncunya telah pun mulakan gerak kerja.Samada desas desus ini benar atau tidak wallahhualam,cuma teringat kata org org tua dahulu 'takkan pokok bergoyang kalau tak ada angin'.Saranan penulis komen meminta sdr ahmad yahya berhenti 'menghentam' ahli umno dlm blog adalah baik,cuma saya rasa kan kah lebih baik saranan yg serupa dulu dulu lagi dikemukakan kpd blogger anak kuala lumpur yg begitu bangga membuat cerita tentang apa yg dianggapnya salah laku politik dan cuba mencerminkan dirinya sebagai pejuang bangsa melayu dan kebenaran tapi malangnya beliau juga telah kehilangan sebelah mata dlm proses....khabarnya kena serangan matawang.Walau bagaimanapun saya percaya dgn mata chemenya itu beliau kalau mahu masih mampu utk meyiasat tentang kesahihan berlakunya politik wang dlm pertandingan merebut jawatan tertinggi di umno setiawangsa spt yg dengar berlaku oleh sdr ahmad yahya,kecualilah serangan matawang dtg lagi.Akhir sekali saya juga merasakan dato zul patut mengundurkan diri kecuali beliau mengambil tindakan menggantikan satu dua pegawai yg ada disekelilingnya terutama sekali bendahari .To dtk zul i have these to say 'you are not a bad leader,its the people around you that make you look bad.'

    ReplyDelete
  6. Turn Around - Bonnie TaylorAugust 5, 2010 at 5:26 PM

    "Dtk Zul i have these to say 'you are not a bad leader,its the people around you that make you look bad.'

    Kpd anonymous - I strongly agree with you.

    ReplyDelete
  7. Salam untuk ahli Bhg Setiawangsa,
    kalau tidak menjadi halangan saya dan pemilih di parlimen setiawangsa akan menganjurkan satu perhimpunan secara aman untuk menuntut ketua bahagian letak jawatan diatas kegagalan beliau mengawal serta mengawasi AJK lantikan beliau dalam memporakporandakan bahagian di atas isu isu diatas.kegagalan beliau mengawasi tingkah laku AJK lantikan beliau amat mengecewakan kami di parlimen setiawangsa serta juga seolah olah beliau tidak dapat menerima ahli umno lain bertanding jawatan pada mesyuarat bhg sebelum ini.SILAKAN sesiapa lagi yang mahu turut serta PERHIMPUNAN AMAN ini di hadapat pejabat bahagian Setiawangsa..Permit akan di pohon oleh penganjur dan akan dimaklumkan kelulusanya..Di jangka akan di buat pada tarikh 10hb August 2010 .Penyertaan terhad kepada 3000 org sahaja.Harap maklum.

    ReplyDelete
  8. .kegagalan beliau mengawasi tingkah laku AJK lantikan beliau amat mengecewakan kami .....saya bersetuju dgn lintangjalong, sepatutnya lantikan AJK tambahan harus berdasarkan merit iaitu mereka yg boleh menyumbang khidmat bakti bukannya berdasarkan dia tu Ketua Cawangan, berduit dan baik dgn isteri KB,terhutang budi dsbnya.

    UMNO Setiawangsa akan punah kalau mempunyai pemimpin seperti ini.....dan pabila tidak berjawatan dlm kabinet lari k luar negara.

    ReplyDelete
  9. Salam ,

    Kepada semua pembaca , apa yang telah berlaku adalah perkara yang kita mahu dan sama - sama lah kita tanggung .

    Undang - undang hanya memerlukan bukti .Undang -undang juga diwartakan kepada mereka yang memerlukannya . Kepada SPRM selamat menjalankan tugas .

    Kepada Budak Kuala Lumpur 2 teruskan , ada banyak lagi hal Setiawangsa kat Bos anda yang boleh dipamerkan kepada Umum .

    Kepada SPRM kalau nak lebih dan memudahkan kerja pi cari Blogers Budak Kuala Lumpur 2 dan Anak Kuala Lumpur .

    ReplyDelete
  10. kalau berani nyatakan AJK lantikan mana yang berduit dan baik dengan Isteri Ketua Bahagian.

    Dia tak lari ke luar negara sesuka hati dia keluar negara cari duit untuk tambah kantung umno bahagian untuk biayai aktiviti bahagian............wanita ke langkawi baru baru ini duit datang dari mana adakah astaman bagi .....yang tahu zulhasnan bagi...............

    ReplyDelete
  11. ada yg terasa pulak.....apa sumbangan Shuib hingga dberikan jawatan Bendahari,,,,(bukankah dia baik dgn isteri KB)apa sumbangan Rosli......cawangan sendiri pun x ada aktiviti,,,,Samsuri dll....
    Kenapa M'sia dah kurang duit k hingga terpaksa ke luar negara....x usah cite satu WP dah tahu. Setiawangsa banyak Dato' dan ahli2 korporat xkAN X bolih bantu UMNO.... bila musim pemilihan bukan main mewah lagi.....KB pun tahu hal ini.

    ReplyDelete
  12. Apa sebab Astamam kena tanggung perbelanjaan UMNO , dia cuma ahli biasa di peringkat cawangan,,,kalau x mahu jadi KB letak jawatan bukannya cari alasan selalu ke luar negara.

    ReplyDelete
  13. Salam ,

    Buraq Selatan .

    Perjuangan dengan perbezaan dulu sekarang selamanya ada nyata dan kebenarannya.

    On Jaafar kayuh basikal untuk Negara , merdekakan rakyat jelata dan Tanah Air daripada jajahan British .

    Sekarang...... Setiawangsa ketika ini terbang keluar negara ,MERAJUK , kerana jawatan, dimana kejatian diri dan juga kononnya bekas TUDM negara siapa orang ini .

    Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai . Kalau takut masuk gelanggang jangan perlekeh orang lain dan membuat fitnah bukan bukan memperlekeh kan lawan.......

    DIMANA DEMOKRASI SETIAWANGSA .

    Sepatutnya berusaha untuk memenangkan PRU-13 untuk BN .Untuk makluman 9 dari 15 peti undi BN Setiawangsa kalah , nasib baiklah ada undi Pos .

    Kenapalah ISU berkepentingan Politik yang berperibadi menjadi topik hangat diSetiawangsa ini . Soal duit..... ni Zulhasnan pon main duit pada pemilihan MT yang lepas .

    Sudahlah......
    Buat kerja untuk memenangkan hati rakyat yang lebih utama .

    INSAFLAH....Al-Mubarak yang bakal tiba .

    Selamat Berpuasa .

    ReplyDelete
  14. KEPADA LINTAHALONG

    PERHIMPUNAN AMAN DESAKAN KETUA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA LETAK JAWATAN
    DIATAS KEGAGALAN MENGAWAL SERTA MENGAWASI AJK LANTIKAN BELIAU DALAM MEMPORAK
    PARANDAKAN BAHAGIAN.

    KENYATAAN TERSEBUT TELAH DISAMPAIKAN KEPADA MEMANDA BENDAHARA.

    MEMANDA MEMBALAS SERAYA BERKATA, SILALAH TERUSKAN PERHIMUNAN TERSEBUT. JIKA TIDAK DAPAT PERMIT, MAKA MEMANDA AKAN BANTU DAPATKAN PERMIT DAN AKAN JEMPUT SPRM, UMNO PUSAT UNTUK BERSAMA DAN PIHAK MEDIA UNTUK MELIPUTI PERHIMPUNAN YANG DICADANGKAN.

    MEMANDA BERKATA LAGI MEMANDA AKAN JEMPUT YB DATO SRI KETUA BAHAGIAN BESERTA PERHIMPUNAN DAN SILALAH NYATAKAN JAM BERAPA HENDAK DIMULAKAN.

    ReplyDelete
  15. Nampak nya lintagjalong ni betul kaw punya penyokong Astamam dan Mat Yahya sampai sanggup nak adakan perhimpunan aman untuk malukan UMNO Bahagian, ini dasar penyokong goblok.Biar UMNO hancur asal aku masssuukk.

    Faham lah kuasa melantik pegawai adalah hak mutlak Ketua bahagian.Jangan pekara mudah macam ni pun tak faham.Macam juga Mat Uyang sebagai ketua bahagian Pekasa melantik ketua cawangan UMNO se4bagai pegawai nya.Lagi pun apalah sangat kesalahan memanda bendahari yang baru naik tahta 3bulan sehingga berdosa besar pada Bahagian.Hamba rasa ini hanya perasaan asad dengki yang tebal atau rasa sedih kerana tak dapt merompak hasil mahsul apabila tiba masa nya nanti kerana memanda bendahari ni degar kabor nya amat tegas dalam pebelanjaan kedua dua PRU lepas.

    Wahai lintangjalong jangan kerana sedikit imbuhan anda sanggup menjadi kaduk naik junjung,menjadi gunting dalam lipatan,lebih sudu dari kuah dan melacurkan politik anda.
    Ingat lah HELANG YANG TERUS TERBANG BERSENDIRIAN DI AWAN AKAN MATI KEHAUSAN

    ReplyDelete
  16. Apa lagi lintangjalong anda dah di cabar tu untuk meneruskan perhimpunan aman olih anon diatas.Jangan hanya berani di blog. Bawalah pulak godfather godfather tuan hamba kita nak tengok muka muka mereka.BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA...... masssuukk.


    peminat atok alim

    ReplyDelete
  17. Dulu Shuib berbakul2 kutuk Zulhasnan sampai nak menyampah dan meluat kita mendengarnya, tapi hari ini dia telan balik semua kata-kata nistanya itu...kerana sudah dapat jwtn Bendahari.

    ReplyDelete
  18. Salam ,

    Apa yang ada di bahagian tu... dah lah Ketua Bahagian cekik darah ,dapat duit bajet pilihan raya daripada Umno Malaysia , bagi pada cawangan ciput dan perah keringat ahli UMNO untuk buat kerja Pilihan raya .

    ........yang senang linang Tok memanda Menteridan orang kelilingnya saja.

    Jadi Menteri tak bantu orang UMNO dalam bahagian .... nak jumpa pon susah . Lepas tu tudah orang masssuuuukkkkk dan tudauh orang tak dapat merompak hasi mahsul bahagian ...... masuk apa ....masuk buntut pak hang .

    Apa yang ada ,ketua bahagian kedekut , cakap tak serupa bikin ....

    .... POORRAH KADAWALIH .

    ReplyDelete
  19. Salam ,


    Yang pasti ternanti-nanti gelanggang demokrasi terbuka luas , diman memanda Mewnteri masih bermain kebudak-budakan ayat jangan sampai terbatuk di bahagian . Perjuangan belum selesai , kemana arah tuju Dato Menteri yang Insang berbulu ayam ..... Ibarat harimau... mau .... maukan apa pengundi Kawasan Parlimen Setiawangsa terbiar liar memanda menteri bawa wabak virus ..Kehilangaan pengundi dan juga ahli Umno bahagian . Siapakah penggelar penyamun yang menjual ular hari-hari mau .. mau

    ReplyDelete
  20. Wahhh...bila sya terbaca artikel ini, jelas ternampak bahawa Datk Zulhasnan tidak cermat melantik ganti Bendaharinya kerana Bendahari yg dilantiknya merupakan penyangak dan berasuah sakan di Setiawangsa. Shuib mmg terkenal dengan buruk perangainya...semua org tak betul, termasuk Zulhasnan pun dia kutuknya. Adakah dia tahu, bahawa dirinya pun lebih busuk daripada taik anjing! Mmg Zulhasnan semakin hampir dengan kejatuhan dek kerana perangai org kanannya itu.

    ReplyDelete
  21. Sebagai orang yang lama di dlm arena politik setiawangsa,nama-nama mereka ini seperti dato seri zulhasnan rafiq,dato halim abd samad,dato fauzi, dan shuib ibrahim bendahari yg baru di lantik oleh dato ketua bhg.Begitu juga azhar kasim seorang yg tidak seberapa menonjol pecaturan politiknya. supaya bersedia mengundurkan diri di dalam UMNO bhg setiawangsa.Kerana bukannya seorang yg brjiwa kepatian UMNO dan bangsa melayu.Mereka-mereka ini lebih memperjuangkan ke arah keperibadian,mencari nama dan kedudukan di dlm arena politik setiawangsa.Akhir kata,demi parti UMNO setiawangsa yg akan dtg perlulah ada perubahan pucuk kepimpinan.

    ReplyDelete
  22. Orang2 islam suci memang tak dekat pun benda haram dan najis. maka tak tahu macam mana bau najis terutama najis anjing dan babi. Macam mana yang komen diatas boleh tau bau tahi anjing . Deme biasa begelumang dengan najis kot.

    ReplyDelete
  23. UMNO Cawangan Dato' Zul sendiri pun tak buat apa-apa aktiviti, cuma bersandarkan imejnya sebagai wakil rakyat aje. Begitu juga lebih parah, apa yg cawangan shuib buat untuk maysrakat di tempatnya. Cakap berdegar2 tapi ekor sendiri bergelumang dgn tahi. Apalah nasib Zulhasnan ini...memikul biawak hidup, akhirnya mencakar badan dia sendiri.

    ReplyDelete
  24. salam,

    syaitan dan iblis mepunyai deria bau yg bebeza yg wangi di bau bsuk yg bsuk di bau wangi pham2 sje la.....



    [PEMINAT ATOK ALIM]

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Tu la logers Budak Kuala Lumpur la punca nya . Dah macam-macam timbul sekarang . Kesian pulak tengok nasib kawan-kawan .
    Budak Kuala Lumpur cari makan ...... kawan-kawan makan hati .

    Lepas ni apa pula lagi....

    Pi cari makan tempat lain la....Pi cari Bos lain la ....

    ReplyDelete
  26. sedap mak bapak korang kutuk orang kan bila cawangan susah buat buat bak dengan zulhasnan....nak minta itu lah nak minta ini lah.....bila dah senang dan kenyang di taburi duit oleh orang lain berbakul bakul korang kutuk zulhasnan.....mak bapak korang tak ajar ker cara berterima kasih yang berhemat lagi terhormat.....bodoh punyer orang........

    ReplyDelete
  27. lumrah sikap manusia...kaya dengan sikap hasad dengki...mengapa harus kita menolak perlantikn yg dibuat oleh ketua bahagian...

    kepada mereka-mereka yg lupa diri...jagalah diri sendiri...muhasabahlah diri banyak-banyak...jgnlah meludah ke langit...

    janganlah sampai hati tu hitam dan tak boleh dipolish lg....bertaubatlah dengan taubat nasuha.

    ReplyDelete
  28. Sedap mulut Buraqkualalumpur mengata orang main duit. Awak lagi lebih teruk, cermin lah diri sikit. Pada pertandingan 2004 masa awak lawan Dato Halim bukan main garang lagi tabur duit beli ketua ketua cawangan, .MENGATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG.........

    ReplyDelete
  29. Buraq dah cakap dlm blognya sendiri, SPRM kena siasat dan ambil tindakan kepada semua pemimpin tertinggi UMNO Setiawangsa, termasuk Zulhasnan, Halim, Fauzi, Izudin, Shuib, Mat Yahya. Semua org tau tak ada sorang pun yg bertanding setakat bagi air liur saja, mesti sedikit sebanyak ada berbelanja utk pancing undi....sedikit atau banyak, semuanya rasuah.

    ReplyDelete
  30. Kepada Presiden UMNO dan Timb.Preseden UMNO ,

    Tolong tengok - tengokan kan keadaan Umno di Setiawangsa .

    Dan Badan perhubungan UMNO Wilayah ambil tahulah keadaan di Setiawangsa dalam mesyuarat bulanan .

    ReplyDelete
  31. cerita kat sini yg saya semak2...siapa akan kena dgn SPRM itu ajer, tungguer aje lah.

    dgr dah ada org tak boleh tidur malam..makan pun tak lalu..asyik urut-urut dada ajer..seorg kena..bocor ler semua..

    rasanya SPRM ni berani ker nak ambil kes kalau..tak ada greenlight org atas sana nunnnnn, kena pulak yg dah ada kes.

    mari kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  32. kena check juga Rahman Hashim ni- dah clear ker bangkrpsi,

    ReplyDelete
  33. Perhimpunan Aman Mendesak Ketua Bhg meletak jawatan..,
    Terima kasih diatas cabaran dan sokongan yg diterima.Juga terima kasih kepada Naib ketua bhg atas nasihat beliau dalam komen2 yg membina.
    Pada jam 8.30pm semalam telah selesai sudah mesyuarat lantikan serta tugas2 JK sementara perhimpunan tersebut.
    Maka kami sebulat suara menerima cabaran daripada saudara memanda bendahara untuk meneruskan perhimpunan tersebut akan tetapi tarikhnya terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada mesyuarat TERGEMPAR AJK BHG Setiawangsa pada 13hb ini jam 4pm.Jadualnya akan di poskan terus kepada semua ketua ketua cawangan dlm Bhg Setiawangsa.Memandangkan kesukaran mendapatkan permit(mungkin kerana tidak memohon pertolongan memanda bendahara)maka perhimpunan akan dijalankan disebuah masjid dlm Bhg Setiawangsa selepas sahaja solat jumaat pada bulan puasa ini.Walaubagaimanapun perhimpunan ini bergantung kepada keputusan mesyuarat AJK BHG pada 13hb ini dan kami akan memantau keputusan memorandum yg dihantar dan diserahkan kepada YAB Pengerusi Perhubungan Wilayah pada mesyuarat Bahagian yg lalu berkenaan keputusan DBKL dlm menyelesaikan masaalah rumah2 kami yg masih belum ada jawapan sehingga hari ini.Kami juga akan melihat samaada isu2 berbangkit mengenai kelakuan memanda bendahara serta kegiatan memanipulasikan peruntukan kewangan bahagian.Dalam hal SPRM dan PDRM dan UMNO Pusat pihak kami akan memanjangkan sendiri perkara ini melalui saluran2 yg berwajib tanpa perlu dibantu oleh memanda bendahara agar perkara ini lebih jelas dan telus.Mengenai saranan dan teguran drpd Naib Ketua dlm blog ini(komen)kami ucapkan terimakasih yg tidak terhingga kerana kami tahu beliau adalah seorang yg baik hati dan seorang yg tidak suka perkara sebegini dipanjangkan akan tetapi kami dapati beliau terlalu berhati hati serta amat menjaga hati Yb ketua bahagian sehingga tidak pernah menegur dengan apa yg dilihatnya angkara2 yg diwujudkan oleh pimpinan kanan bahagian.Kepada Dato Halim kami amat menghormati kepimpinan beliau akan tetapi kami amat risau untuk membebankan beliau dengan hal2 yang berlaku dibahagian Setiawangsa kebelakangan ini.Kepada pemilih/penduduk yg terlibat dgn Perumahan Rakyat di Setiawangsa harap sabar dan tunggu dulu keputusan kami berkenaan Perhimpunan Aman ini.Sdra2 akan dimaklumkan menerusi pos serta akan diberi nombor fax/tel untuk pendaftaran perhimpunan kelak.Kepada pimpinan/AJK bhg Setiawangsa yang telah memberi komen dengan penuh EGO itu juga akan dijemput atau diberi maklumat Perhimpunan tersebut.TK

    ReplyDelete
  34. Kepada Boraksetiawangsa. Burakkualalumpur tak pernah pun namakan Ahmad Yahya sebagai salah seorang yang patut di siasat. Dia hanya namakan orang lain saja macam dia tu seorang saja yang bersih. Pooorah

    ReplyDelete
  35. Si pemilik anakkualalumpur..
    Apa nii..kau nak rosak kan Umno Bhg ni ker..
    Dah le bendahari satu hal punya sombong kau pun tak rujuk tauke ke main hentam je..sampai nak buat perhimpunan lagi..dimasjid pula tu..memeningkan lah..

    ReplyDelete
  36. dr apa yg dinilai....lintagjalong ni mmg racun perosak yg akan merosakkan pemikiran orangramai....sudahlah...jgn kerana kecewa...gagal dlm perjuangan utk kepentingan diri...cuba pula menghasut...menabur fitnah....sedarlah jgnla pandai-pandai buat andaian....kenyataan anda tidak tepat.

    ReplyDelete
  37. Salam,

    Kedatangan Ramadan jgnlah kita teruskan perasaan hasad dengki sehingga terlupa bahawa bulan keampunan semakin hampir utk kita menebus segala dosa yg telah terlanjur sebelum ini. Ingatlah segala iblis dan syaitan serta jin afrid turut dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini, melainkan kelakuan manusia yg seumpama iblis & syaitan sahaja yg tidak terpenjara, kerana terlalu ikutkan hawa nafsu syaitan. Bertaqwalah kepada Allah, semoga puasa tahun ini diberkati Allah jua.

    ReplyDelete
  38. SAHABAT SEPERJUANGANAugust 9, 2010 at 6:58 AM

    UMNO BUAT BLOG NAK TEPIS DAN PERBETULKAN FAKTA DAKYAH PEMBANGKANG DAN YANG ANTI UMNO DAN ORANG MELAYU. BURAQ AND BUDAK KUALA LUMPUR HENTAM UMNO SENDIRI. SUDAHLAH MAD. DAH SAMA SANGAT KITA BERKECIMPUNG DALAM UMNO DAN SEGALA MACAM TRICK KITA PAKAI UNTUK MENDAHULUKAN KEPENTINGAN KITA. ALHAMDULILLAH KAU PUN SUDAH KAYA RAYA DAN MERASA SEGALA YANG ORANG LAIN TIDAK TERCAPAI WALAUPUN MEREKA BERJELA-JELA PELAJARAN. BANYAK SANGAT DAH UNTUNG YANG KAU LECAPI DARI UMNO. ANAK2 KAU PUN BERJAYA SEMUANYA, ALHAMDULILLAH. BIARLAH KITA TUNJUK AJAR KEPADA YANG MUDA2 SUPAYA TIDAK BUAT APA YANG SALAH UNTUK KEPENTINGAN BANGSA KITA. BANGSA KITA MAD. BANGSA KITA MAD. BANGSA KITA MAD. JANGAN SAMPAI KAU AKAN DIUJA MALAIKAT ZABANIAH KERNA MEMPECAH BELAHKAN UMMAH DAN PENERAPAN NILAI-NILAI NEGATIF SAMPAI ROSAK AKHLAK YANG MENGIKUTI KITA. JANGAN MINTA ORANG BERTAQWA DAN TAUBAT DIBIBIR SAJA. KITA SEMAKIN TUA, BADAN TAK SEHEBAT DULU TAPI ILMU KAU DALAM MENCEBURI UMNO MENGHARUNGI SEGALA LIKU2 SEBAGAINYA, GUNAKANLAH UNTUK KEBAIKAN. DAN TAK ADA JAMINAN KITA BERNAFAS ESOK HARI LAGI DAN ELAKKAN LAKNAT 'ALLAH' KERANA PERPECEHAN UMMAH. BANGSA KITA MAD, BANGSA KITA MAD, BANGSA KITA MAD.

    ReplyDelete
  39. Kepada SAHABAT SEPERJUANGAN..
    Anda hebat..nasihat sdra kepada mat oyang saya hormati sebagai komentar (makluk perosak kata dato') dlm blog ini..tapi rasanya lebih elok kiranya dapat komen sedikit lagi ttg blog BUDAKkelompo tu yang tidak tahu ekor kepala,hanya tahu kebas duit dpt info dia terus balun..seolah2 dia berada dimana2 semasa buat komen..macam spy pula pastu bagi kenyataan seolah olah dia tahu semuanya..pundekkk..

    Kepada YB tak payah le pakai org ketiga nak balun2 ni..tak sedap..kdg2 dia balun lebih dari tuan..maasyukkk (ayat Bendahari )

    Tapi bulan puasa ni cuma komen je kita stop..jgn lupa tindakan jalann..biar hancur kota paris pokoknya laris.(ayat nak kena balun lagi lah ni dato NKB)

    ReplyDelete
  40. salam kpd SAHABAT SEPERJUANGAN,
    Komen anda merupakan satu pandangan dan nasihat yg baik.SESUNGGOHNYA JIKA SEMUA PEMIMPIN DAN AHLI AHLI UMNO TERUTAMA SEKALI DIBAHAGIAN SETIAWANGSA MEMPUNYAI PRINSIP DAN INGATAN SPT SDR SUDAH PASTI UMNO AKAN KUKOH.
    AGAMA ISLAM AKAN TERUS BERSINAR DAN BANGSA MELAYU AKAN TERUS PERKASA.CUMA SAYA TIDAK SETUJU JIKA SEKIRANYA ANDA MENGANGGAP SDR AHMAD YAHYA 'MENGHENTAM' UMNO DAN MENIMBULKAN PERPECAHAN DIKALANGAN AHLI UMNO SETIAWANGSA.INGATAN 'bangsa kita Mad,bangsa kita Mad,bangsa kita Mad' harus juga ditujukan kepada dtk zul,dtk halim.dtk fauzi,dtk shuib ibrahim(ooops sorry ! terlupa belum dtk lagi,desas desus kata sdg berusaha) dan TERUTAMA SEKALI KPD BLOGER ANAK KUALA LUMPUR DAN MUNGKIN 'MASTERNYA' YG MEMULAKAN PENULISAN MEMBUROKKAN DAN MERENDAHKAN MERTABAT AHLI AHLI UMNO DISETIAWANGSA YG SAYA PERCAYA YG DILAKUKANNYA DGN PENOH KESEDARAN BAHAWA PERBUATANNYA UMPAMA 'MEMBUKA PEKONG DIDADA' DAN 'MELUDAH KELANGIT JATUH KEMUKA SENDIRI'Sdr AHAMD YAHYA SEKADAR MEMPERTAHANKAN MARUAHNYA,SESUATU YG DITUNTUT DLM ISLAM.......mungkin caranya memerlukan sedikit pengubahsuaian.

    ReplyDelete
  41. Rahman Lintah Kong kalikongAugust 10, 2010 at 1:13 PM

    Bukan tak kenal yg nulis kasi komen hentam KB sebagainya, hanya Rahman Hashim. Semua dia tulis pakai anonymuos dan guna nama lain2 lagi. semua dia. Md Ya bkn pandai tulis pun. Rahman Hashim dengki kat org tk habis2. Org akan komen pasal dia . Tunggu saja. Kita buka satu persatu pasal Rahman ni. Semua atas tulis artikel ke, b/p Mad Ya, komen2 semua dia. Dengki tk habis pd NKB, Bendahari, pegawai2 bhg, KB dan semua. Mcm perasaan dia hebat. Analisa yg komen tengok betul2 semua PHD. Harap ucap suara aje, lain retorik. Nk cover line guna nama lain konon. Mana2 bawa komputer, tkde kerja lain. Maklumlah ...........Tuunngguuuu kita kupas pasal Rahman satu persatu. Ingat kita tk boleh baca ka??

    ReplyDelete
  42. Semua tahu daa?? Itu pasal blog dia Loceng n semarakwangsa tak laku>
    Jangan buang masa baca. Ini pun last sy nak delete buraq. Geng Mad gigito. Tak dpt menyalak.

    ReplyDelete
  43. Tekencing dalam seluar lah Rahman Hashim anon di atas nak telanjangkan dia.Tulah baling batu sembunyi tangan kan dah kantoi. Awak ada banyak taik sana sini.Baik gi mintak ampun pada Ketua bahagian.

    ReplyDelete
  44. Salam,

    Tak payah lah nak jadi iblis dan syaitan , nak ugut kawan-kawan .

    Marilah kita ramai-ramai Al-Fatihahkan kepada mereka yang telah menyatakan dengan terbuka hasrat ingin membuat perangai Iblis dan Syuitan .

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  45. Salam , begitu mudah nampaknya ketiga tiga penulis diatas melemparkan tudohan kpd sdr rahman hashim.Perlukah saya mengingatkan sdr/sdri? bahawa ada jauh perbezaan diantara andaian dan fakta.Benarkah sdr rahman hashim yg memberi komen komen itu?Atas bukti apakah sdr/sdri? mencapai konklusi sedemikian?Nasihat saya jgn menudoh kecuali ada bukti yg konkrit kerana kalau tidak jatuh fitnah hukumnya dan dosa fitnah itu lebih besar dari membunoh.Kenapa ada yg begitu khairah hendak 'menelanjangkan' sdr rahman hashim?Apa yg berkenaan merasakan dirinya sudah cukup sempurna,ilmu agama terlalu tinggi dan ibadahnya terlalu banyak maka dia merasakan bahawa dosa mengaipkan saudara sesama islam itu terlalu kecil dan ringan baginya.Saya sendiri tidak pernah ketinggalan membaca blog locengwangsa,semarakwangsa,buraq dan saya tidak mendapati sebarang komen dari penulis penulis blog ini yg menghentam atau menyentuh peribadi pemimpin pemimpin termasuk datuk zulhasnan.Segala teguran dan pendedahan yg dibuat hanya merujuk kpd tugas dan tanggongjawab.Memang tidak dpt dinafikan ada penulis penulis komen yg meluahkan sokongan atau tentangan kpd dtk zul menggunakan katakata kesat tapi jgnlah menuding jari kpd sdrv rahman hashim,silap silap mereka mereka itu bukan ahli umno setiawangsa.Sebaik baiknya kita menganalisa apa yg ditulis,betulkan kalau tak betul dan buat perubahan jika teguran itu betul.Kepada penulis yg berani membuat ugutan utk 'menelanjangkan' sdr rahman hashim maka saya cabar kamu jadi anak jantan,kenalkan diri supaya mudah sdr rahman hashim mengambil tindakan yg sewajarnya jika yg dikatakan itu berbau fitnah.Memang selamat mengata org jika kita 'halimunan' tapi itu juga tanda org penakut dan tidak yakin kpd dirinya dan apa yg ditulis.Sdr rahman hashim mempunyai ramai rakan dan penyokong yg sanggup membantunya !

    ReplyDelete
  46. Helo..

    Di Setiawangsa masih ramai yang boleh menulis, bukan Rahman Hashim sahaja yg ada komputer dan boleh menulis. Cuma mutu penulisan ada yg macam budak2, ada yg mcm org gila. Apa .... ingat haprak sangat ke orang Setiawangsa ni..... kau jgnlah jadi manusia yg iri hati. Org macm kaulah yg merbahaya, suka dgn kerja fitnah.

    ReplyDelete
  47. Saya sangat bersetuju perhimpunan diadakan,saya berjanji akan tampil bercakap dihadapan orang ramai dan sanggup nak telanjangkan Rahman Hashim bedasarkan semua fakta benar, sebelum saya bercakap saya akan bersumpah memegang Quran ,dicadangkan dibuat perhimpunan di mana-mana masjid.Kenapa saya sebutkan Rahman Hashim sebagai fokus ...sebab inilah manusia yang memulakan segala-galanya baik di Wangsa Maju mahupun di Setiawangsa.

    Rahman Hashim ini akan memulakan gerakan memporak perandakan UMNO melalui gerakan NGO,Rahman Hashim ini akan menyertai apa sahaja NGO,Rahman Hashim akan membuka Blogg seberapa banyak yang dia boleh buka,Di Bloggnya beliau akan memuji UMNO,Menumpang diBlogg orang lain dia akan menikam mana2 individu UMNO yang dia tak suka, Maka sepertilah berlaku di BURAQ ini....

    Rahman Hashim adalah budak PKR, tetapi cari makan melalui TAMPAK HEBAT MENJIWAI UMNO,tak percaya tanyalah orang-orang lama UMNO diWP lebih khusus lagi orng2 lama UMNO W.Maju.Datuk Kamal Salleh sudah naikkan nama Rahman ini dalam mesyuarat Bahagian Wang maju yang disokong oleh Mat Ya untuk singkirkan Rahman Hashim dari UMNO.Kerana penglibatan sulitnya dengan PKR yang dapat dibuktikan dengan Rakaman Gambar.Penglibatan Rahman Hashim dengan PKR masih berjalan sampai sekarang.
    ( sila rujuk dengan Mat Ya..perlu diingatkan kepada Mat Ya ,BURAQ itu adalah tunggangan Rasulullah, jangan jadikan BORAK ini tunggangan Rahman Hashim )

    Rahman hashim sangat pandai ambil kesempatan,apatah lagi dalam soal MEMPEKENAKAN orang.Pernah duduk bekerja dengan Zulhasnan TETAPI dengan sebab tidak jujur dan terlalu ganas hingga tangannya tidak terkawal meraba-raba punggung wanita,Akhirnya Dato Shafiee Abdullah yang ketika itu orang paling kanan Zulhasnan menasihatkan Rahman Hashim berehat dan membantu dari luar sajalah....

    lagi satu Rahman Hashim pandai ambil kesempatan,Difahamkan dari satu berita semasa saya di konvensyen UMNO WP.meereka beritahu Dato Raja Nong Chik dikatakan menjadi dalang menghantar Astaman ke Setiawangsa, bagi tujuan buat hura hara, Rahman Hashim melihat inilah peluangnya beliau akan pulun dan kebas seberapa banyak duit dari Astaman seperti yang pernah dipulunnya hingga cabut lari Datok Zainal Nazri ..

    Rahman Hashim bertaubatlah..jangan buat kerja-kerja melagakan orang UMNO,biarlah orang UMNO yang sudah berada dalam aman damai di Setiawangsa dengan bertuankan satu ketua bahagian,satu timbalan dan naib serta ,didokong oleh AJK yang berbagai pengalaman untuk bergerak menghadapi PRU 13 yang akan datang.

    Berpeganglah kepada falsafah Dato Halim,Ketua mesti dipatuhi,yang memimpin perlu berlaku adil,pengikut perlu ada kasih sayang dan menghormati barulah masyarakat kita akan aman.

    Kepada semua, Astaman bukanlah Musuh,Zulhasnan bukanlah haprak,AJK BAHAGIAN bukanlah Marhain TETAPI RAHMAN HASHIM ADALAH BOBROK.

    Ya Allah hindarkalah kami dari Syaitan yang Durjana.

    Tkasih
    KEDAI TOMYAM W.MAJU

    ReplyDelete
  48. Assalamu Alaikum,

    Saya baru saja dimaklumkan oleh rakan-rakan saya Radzi, Roselan, Abas, Badrun, Rosli dan termasuk Ahmad Yahaya pemilik buraqkualalumpur bertanyakan samada saya sudah baca komen di dalam blog buraq yang kini telah mensasarkan saya untuk ditelanjangkan, kononnya semua komentar di dalam blog buraq tanpa bernama(anon) dan yang menggunakan berbagai nama samaran adalah saya.
    Terima kasih kepada pengulas tanpa nama yang cuba menghina saya, terima kasih juga kepada pengulas yang menggunakan nama 'Rahman Lintah Kong Kalikong' dan terima kasih juga kepada pengulas yang berselindung dengan nama 'Kedai Tomyam W.Maju' yang turut tidak merasa malu untuk menyerang peribadi saya tanpa asas.
    Saya tidak merasa malu kerana saya dihina oleh pelaku fitnah, tetapi saya lebih malu kerana ada orang UMNO yang suka melakukan fitnah ini di ambang Ramadan.
    Sebagai penulis, saya tidak akan menulis jika saya tidak berani mengenalkan diri saya. Dalam blog locengwangsa yang kini telah dilayari oleh lebih 50,229 orang dan satu lagi blog saya semarakwangsa yang kini dilayari lebih 2,000 orang, anda bukan sahaja boleh membaca penulisan saya, malah anda boleh melihat paparan nama dan potret saya di blog berkenaan.
    Saya menulis bukan untuk menambahkan dosa orang lain yang gemar dengan kerja fitnah, tetapi saya menulis sekadar memberikan pendapat dan pandangan atas isu-isu semasa yang boleh kita kongsi bersama. Saya tidak dapat mengelakkan diri daripada kritikan dan pandangan balas yang dibuat oleh mana-mana pihak, tetapi biarlah secara konstruktif dan membina, bukannya menyerlahkan peribadi buruk anda kepada saya dengan hentaman berbentuk peribadi. Saya tidak berhajat untuk melontarkan keburukan peribadi orang lain, kerana saya dididik supaya tidak berbuat demikian.
    Jika ada di kalangan anda yang tidak secocok dengan ajaran Islam supaya tidak melontarkan fitnah kepada orang lain, maka saya sarankan supaya anda yang berkenaan tidak tergolong di dalam golongan yang durjana yang dikutuk oleh Allah itu.
    Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana jiwa dan emosi saya tidak terarah untuk melakukan sangkaan buruk terhadap orang lain, termasuk mereka yang masih berminat untuk penjadi pelondeh peribadi saya.
    Sangkaan jahat kononnya penulisan di dalam buraqkualalumpur itu adalah saya, eloklah saudara nyatakan juga bahawa blog 1Malaysia milik Perdana Menteri itu adalah tulisan saya?
    Jikalau saudara tidak bersetuju blog 1Malaysia adalah tulisan saya, maka lebih baik saudara bersetuju sahajalah bahawa andaian yang dibuat terhadap saya itu adalah berniat jahat.
    Saya angkat topi dengan Ahmad Yahaya kerana berjaya melahirkan satu lagi laman blog, iaitu buraqkualalumpur.
    Beliau yg kini mempunyai rangkaian editorialnya tetap menjadi sahabat saya. Saya juga memiliki rangkaian panitia saya, diantara panitia saya ialah Rosli Mohammad, Radzi Jaafar, Abas Mohd. Dom, Roselan Abd. Rahman, Abidin Supardi dan Adi Shahreeza. Mereka banyak membantu saya bukan sahaja di dalam blog locengwangsa, malah di dalam blog semarakwangsa.
    Namun saya ingin tegaskan di sini, blog buraq kendalian Ahmad Yahaya bukan ciplakan dari bloh-blog saya. Saya seperti anda, turut mengikuti dan membacanya, cuma saya tidak benarkan diri saya terlibat dengan kerja-kerja bobrok seperti yang diandaikan oleh 'Kedai Tomyam W.Maju'.
    Jika saya buat komen, saya akan namakan diri saya, tidak seperti anda yang cenderung untuk membuat pembelaan kepada pemimpin tertentu, tetapi tidak sanggup beradu di dalam gelanggang.
    Saya minta maaf kerana terpaksa membuat penjelasan ini.
    Jika yang tersinggung harap tidak reflek dosanya terhinggap kepada saya. Jika ada unsur-unsur positif biarlah pahala percuma yang saya perolehi daripada fitnah buatan itu diunjurkan kepada anda yang mungkin memerlukan saham pahalanya.
    Terima kasih, wassalam. Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
  49. Wahai kawan-kawan,

    Saya pun boleh buat fitnah...."Sekitar tahun 2006, ada orang beritahu bahawa Ahmad Hashim SU Sulit Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pernah masuk rumah urut di Bangsar?"

    ReplyDelete
  50. Bukan masuk rumah urut saje, tapi ada juga yg kata Hj Mat Hashim pernah kena tangkap basah! Ape punye haji daaa. Dia lagi teruk merosakkan nama Bossnya Dtk Zul. Apa pasal dia cemburukan Rahman Hashim ada banyak blog, tapi apa yg dia buat sebagai Ketua Penerangan...asyik ampu bodek saje.Inilah gejala-gejala yg rosakkan setiawangsa.

    ReplyDelete
  51. mashaallah! saya rasa penulis yg menggelarkan dirinyaKEDAI TOM YAM W.MAJU mempunyai 'split personality' umpama 'dr jackal and mr hyde'.(saya ingin membuat tanggapan yg baik,kalau tidak org ini boleh digelar hipokrit)Saya katakan sedemikian kerana ada ketika dlm penulisannya dia cuba mencerminkan sebagai seorang yg kuat imannya dgn menyertakan doa agar dilindungi dari iblis yg durjana(samaada yg dimaksudkan itu iblis yg sebenarnya atau sdr rahman hashim saya tak dpt mengagak tapi yg pasti dia dan Allah swt mengetahui yg mana satu) tetapi pada ketika yg lain pula dia mencerminkan dirinya sebagai seorg yg keliru imannya dan tidak bertamaddun.Lihatlah kpd kesanggupannya menjunjong Quran untuk mengaipkan sdr rahman hashim dan bahasa bahasa kasar yg dilemparkan.Biasanya hanya org org yg tidak bertamadun dan kurang ajar saja yg akan berbuat sedemikian.Nauzubillah,harap harap bukanlah petanda petanda gangguan mental.......ada juga yg menggelarkan nya wayar putus.Sebelum meneruskan hajat utk 'menelanjangkan' sdr rahman hashim,saya syorkan sdr meluangkan sedikit masa utk mencari identiti nya yg sebenar.Dr.jackal ke atau mr hyde?pendakwah ke atau pendakyah?pejuang ke atau pengambil peluang?pencinta bangsa atau pemusnah bangsa?Gunakanlah keberanian yg ada pada diri sdr itu kpd perkara yg lebih afdal bukan kpd perkara yg ditegah oleh agama .Kalau sdr begitu 'beriman' memohon doa kpd Allah swt untuk dilindungi dan dihindari dari iblis syaitan durjana maka saya sebagai sebagai saudara seagama juga berdoa memanjagkan doa kpd Allah swt memohon agar sdr diberikan taufik dan hidayah .Saya juga berharap dgn kadar secepat mungkin sdr akan dpt mangatasi masaalah 'split personality' yg sedang sdr alami ....sebelum terlambat.Ingatlah bahawa sdr rahman hashim,saya dan sdr sendiri hanyalah manusia biasa yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosA.jangan kita merasa gembira kelemahan ornag dan jangan kita bongkak diatas kekuatan yg ada pada diri kita.Sesungghnya tiada yg sempurna kecuali ALLAH swt.SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNKAN DOSA KITA .

    ReplyDelete
  52. Salam.

    Saya minta maaf kerana tidak dapat bersetuju dengan sesiapa yang lebih berminat menyertai komentar di dalam blog saya ini secara di luar batas akal budi. Blog ini bukan untuk mereka yang pelucah, pelondeh hal peribadi; tetapi saya amat menggemari jika anda menjadi pengulas yang profesional. Jika mengulas hal politik, biarlah yang bersangkutan dengan urusan politiknya tanpa prejudis, tanpa menyingkap kelucahan berbentuk peribadi. Pengulas tanpa nama, akan hilang kelayakannya untuk bersama buraq.

    Terima kasih di atas perhatian anda semua terhadap buraq. Wassalam.

    AHMAD YAHAYA YAAKUB
    Pasir Gudang, Johor.

    ReplyDelete
  53. Sdra Tomyam Wangsa Maju..
    Geramm aje baca komen sdra..tp apa nak buat..dah bulan puasa..garu kepala aje lah..

    Kepada sdra rahman..sabarlah dan ambil berkat puasa ni dan maafkanlah komentar level kedai tomyam tu..dia ada sikit bawah..klu yg datang sekapal pun tapi tempatnya dekat serombong asap je..

    maaf
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.