August 2, 2010

32 DARIPADA 38 PERWAKILAN FAM PILIH ASTAMAN

Datuk Astaman Abdul Aziz (Gambar kiri) bukan sahaja telah menang di dalam G7 UMNO Bahagian Setiawangsa pada 11 Julai lalu dengan memperolehi 95 undi, malah percubaannya untuk menduduki G8 dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM turut meraih undi yang besar apabila beliau berjaya menduduki tempat ke-2 dengan memperolehi 32 undi daripada 38 perwakilan yang hadir di dalam Kongres Tahunan FAM Ke-47, yang diadakan pada 31 Julai lepas, di Holiday Inn City Centre, Glenmarie, Shah Alam.

Sebagai sahabatnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Astaman kerana beliau telah berjaya membuktikan kelayakan dirinya untuk berada sepasukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia di bawah pimpinan DYMM Sultan Ahmad Shah, manakala Timbalan Presiden FAM yang baru diberikan mandat pula ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan seorang lagi Timbalannya iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Annuar Musa.

Semoga sukan bolasepak negara dapat diberi nafas baru dengan era kepimpinan dinamik yang dibarisi oleh mereka yang komited dengan dunia bolasepak. Sesungguhnya warga Kuala Lumpur turut gembira kerana Timbalan Presiden Persatuan Bolasepaknya, Datuk Astaman Abdul Aziz kini satu saf dengan kepimpinan bolasepak negara, iaitu FAM.

8 comments:

  1. Tahniah juga kpd Dato' Astaman. Saya tak fikir ada pengkhianat yg nak heret Dato' Astaman sekali lagi dengan isu duit. Dia menang, kerana kewibawaannya, keupayaannya dan kematangannya dalam pembangunan sukan bolasepak. Mengaitkan kemenangannya sebagai 'sogokan' samalah juga menyamakan orang yang mengundinya sebagai mata duitan, betul ke gitu?

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya apa sumbangan Astamam dalam menaikkan mertabat bola sepak Negara hingga bolih dapat undi begitu tinggi. Sebelum ini dalam arena bolasepak nama Astamam langsung tidak di kenali.Melihat pada sejarah mainan petandingan politik Astamam saya bimbang dan ragu ragu takut ada udang sebalik mi.Saya bimbang virus UMNO di bawa sekali ke FAM.

    Membaca wawacara yang disiarkan dalam Mingguan Malaysi visi petama Astamam ia mengisi kantung FAM. Kata nya kalau kantung penuh senang lah untuk menaikkan martabat bolasepak Negara. Saya takut dalam process memenuhkan kantung FAM kantung dia sekali akan penuh.

    ReplyDelete
  3. Salam ,

    Kita mesti jadi berani dalnm apa jua bidang . Buangkan perasaan bimbang , takut . Kalau sebelum ini sdr tak mengenali Dato Astamam , lebih baik lah sdr berusaha sendiri jumpa dia . Tak susah kalau berusaha nak jumpa dan menyelesaikan segala kemuskilan sdr . Daripada sdr tertanya-tanya . DiMalaysia masih lagi aman makmur .

    Dari.
    Jangan Tidur Lagi .

    ReplyDelete
  4. salam sdra mat yahya,
    jgn sdra risau teguran2 dlm blog buraq ni..mmg ada yang kurang senang ttg dato astaman dlm berbagai situasi..kami di FAM amat tahu apa yg beliau lakukan..byk membantu dan kami tahu beliau byk menolong dalam hal2 kewangan..klu tidak belum tentu anak bini kami makan..harapkan kutipan tiket mmg tiada..maklumlah..team corot..yg komen ni pun kdg2 kurang akal..silap2 bantu pun tidak..tahniah dato'..doa kami agar dato' dapat sokongan ahli majlis FAM tercapai..teruskan hasrat dato' serta idea2 yg bernas itu..kami sentiasa dibelakang..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kita hidup dalam demokrasi, so siapa kita yang nak melarang sesiapa yang nak bertanding? Dalam UMNO ni jawatan Presiden & Timbalan Presiden je tak de orang yang sanggup nak bertanding, inikan pula jawatan Ketua Bahagian.....apalah sangatkan ? cara diorang menang tak payahlah kita sibuk-sibuk, masing-masing ada strategi so sendrik mau ingat !!!

    ReplyDelete
  6. beliau byk menolong dalam hal2 kewangan..klu tidak belum tentu anak bini kami makan.

    Kalau benar kata lintangjalong ni nampak memang Astamam dah main duit di FAM. Kata nya dia orang FAM. Kita tak tau setakat mana penglibatan Astamam dalam membantu orang orang FAM ni.Kita juga tak tau peranan lintanjalong dan kroni kroni nya yang di bagi makan dan menanggung anak bini mereka dalam membantu Astamam memenangi jawatan dalam FAM dengan cemerlang

    ReplyDelete
  7. betul la tu,
    habis tak nak buat report ke?(kes bantuan kewangan)silakanlah...klu anak kuala lumpur saya siap nak bagi tip lagi..(tip saudara bendahara setiawangsa agihkan pendapatan pun ada..banyakkk..)tengok usul dlm satu cawangan bhg setiawangsa nak lapor politik wang..ketuk dulang paku serpih..tgk2 dia yg lebih..mcm2.

    ReplyDelete
  8. salam,biasanya mereke mereka yg hanya dpt melihat sesuatu perkara atau sesaorg itu dgn pandangan negatif sebenarnya melihat refleksi diri mereka sendiri.Kata kata yg keluar dari mulut mereka dan komen komen yg ditulis dtg dari hati yg tidak bersih dan perasaan dengki....sunggoh kesian.Bila dato astaman menunjukkan komitmennya keatas jawatan yg dipegangnya samaada dari segi keikhlasan,kudrat ataupun bantuan kewangan mereka mereka ini melimparkan tomahan bahawa dato astaman main duit utk mendapatkan jawatan dan populariti.Sebaliknya saya percaya jika dato astaman tidak menunjukkan komitmen atau menghulurkan bantuan kewangan,mereka mereka ini pula akan mengatakan dato astaman hanya cari glamour shj tapi tak mahu berkhidmat dan kedekut.Bak ada lirik lagu 'buat salah tak buat salah,semuanya serba salah'.Saya tidaklah mengatakan yg dato astaman itu sempurna kerana sememangnya semua manusia biasa itu tidak sempurna,tapi utk mengaitkan segala jawatan yg dimenangi oleh beliau dgn duit hnaya semata mata kerana kekayaan yg dikurniakan oleh Allah swt kpdnya amatlah tidak wajar dan adil.Begitu juga tidak wajar menuding jari kpd mereka mereka yg menyokong dato astaman berbuat demikian kerana kekayaan dan mahukan duitnya.Kpd penulis penulis yg memberikan komen berupa tomahan terhadap kejayaan dato astaman saya hanya kata kat ini utk sdr/sdri,'just because you are supporting your leader for his money or becomes a leader by throwing your money around,please do not presume everyone else are doing it too'(kalau tak faham,buka kamus)Mungkinkah akan ada komen komen negatif diatas penggunaan bahasa inggeris dlm komen saya.....wallahhualam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.