August 8, 2010

SELAMAT BERPUASA, JANGAN BUAT DOSA LAGI

Buraq ingin mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan 'Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan' dan mendoakan semoga bulan puasa yang bakal menjelang ini akan membawa keberkatan dan maghfirah (keampunan) kepada kita semua. Amin!

Sebagai umat Islam kita semua diperintahkan supaya berpuasa di siang hari pada bulan ramadan kerana di bulan yang mulia ini juga Allah nyatakan sebagai bulan keampunan dan pintu syurga terbuka luas untuk orang-orang yang diterima puasanya di sisi Allah.

Bulan Ramadan adalah bulan ibadah. Kita digalak menggandakan amalan di bulan yang mulia ini dengan bersedekah dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pertolongan ikhlas di bulan yang penuh kerahmatan ini akan mencerminkan diri kita sebagai insan yang sentiasa bersyukur dan bertaqwa.

Berpuasa tidak menjadi makna jika kita hanya tidak makan dan tidak minum pada siang hari, tetapi kita tidak menjaga akhlak dan akal budi sehingga kita menjadi lebih celupar dengan melakukan penghinaan sesama manusia. Jika Rasulullah bersabda bahawa mulut berbau bagi orang yang berpuasa itu akan lebih harum daripada kasturi di akhirat nanti, tidak bermakna jika kita berhasad dengki, tamak haloba dan berdendam kesumat di bulan yang mulia ini, maka Allah akan menggandakan pula pahala puasanya.

Jika kita berpuasa di siang hari, tetapi tidak menyempurnakan amalan solat yang difardukan, maka sia-sialah puasa kita itu yang hanya menanggung lapar dan dahaga sahaja. Maka begitu jugalah dengan mereka yang berpuasa tetapi masih terbawa-bawa dengan sikap buruknya dengan menyakiti hati orang lain, membuat fitnah terhadap insan lain dan tidak rasa bersalah pula untuk mengaibkan peribadi orang lain, maka puasanya itu tidak menjadikan dirinya sebagai insan yang bertaqwa.

Ingatlah jika Rasulullah menyatakan dalam sabdanya, "Apabila datangnya Ramadan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan" bukan bermakna perangai syaitan yang terlekat di dalam diri manusia juga turut dipenjarakan. Jika kita masih berperangai seperti syaitan, maka puasa kita dianggap gagal untuk membersihkan jiwa nurani kita.

Oleh yang demikian, saya serukan kepada diri saya sendiri dan kepada anda sekelian terutamanya di kalangan mereka yang seangkatan dengan politikus adu domba supaya dapat mengIhyakan Ramadan dengan amalan yang mulia. Jangan hampiri perasaan hasad, jangan jadikan diri kita sepadan dengan iblis dan syaitan yang sentiasa tidak senang hati melihat orang lain lebih baik daripada kita.

Insaflah, kita bukannya iblis dan bukan pula syaitan, jauh sekali sebagai Malaikat. Manusia dijadikan daripada tanah, manakala jin dan syaitan adalah makhluk yang engkar dan tidak mahu bersujud terhadap kewujudan Adam dan Hawa ciptaan Allah Azzawajalla. Jika kita masih menuruti kehendak hawa nafsu sehingga kita terjelma berperangai seperti makhluk yang terkutuk itu, maka jadikanlah ketibaan Ramadan sebagai ujian untuk merobah segala sikap keji kita selama ini.

Akhirnya, saya ingin mengungkapkan sedikit ingatan buat renungan semua - Suatu ketika Jibril pernah berdoa bahawa celakalah orang yang apabila datangnya Ramadan tetapi tidak memperolehi rahmat dan keampunanNya. Maksudnya dia tidak beramal dengan penuh kesungguhan, masih terus melakukan dosa. Maka Rasulullah telah mengaminkan doa Jibril itu. Maknanya bertambah makbullah doa itu.

Oleh itu marilah kita bertekad dan berazam pada bulan Ramadan kali ini bahawa kita akan melaksanakannya dengan penuh ketekunan. Selamat beribadah, mudah-mudahan kita beroleh ketaqwaan.

Selamat Berpuasa!



11 comments:

  1. Salam ,

    Bulan gencatan senjata .

    Pada mereka yang terus nak perang juga , kita sambut .

    Kita tunggu munkin ada rangkaian iblis dan syaitan yang terlepas , kita tangkap dan kita rantai sampai hari raya .

    Semoga Setiawangsa diberkati .

    ReplyDelete
  2. pada mereka yg hendak sahut perperangan silakan kalau kail panjang sejengkal jgn lautan yg dalam hendak di duga.dan sekira nya ingin berujah sila kan,sangup terima cabaran.

    ReplyDelete
  3. Assalamu Alaikum,

    Tak payahlah bersengketa, kita tumpukan perhatian menghormati bulan ramadhan bulan keampunan ini. Okay...

    ReplyDelete
  4. Kepada pemilik Buraq,

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak .

    ReplyDelete
  5. Salam ,

    Bulan puasa , yang ada hanya malaiklat kerana Iblis dan syaitan kena rehat .

    Jawatan kosong hanya kepada yang layak dan berpengalaman ..........

    ReplyDelete
  6. Syukurlah kalau Buraq betul insaf dan ingin menghayati Ramadhan. Ingin gencatan senjata setidak tidak untuk Ramadhan ni. Saya dengan rendah hati meyeru watak watak yang lain supaya meyambut seruan Mat Yahya ni.Shuib,Rahaman Hashim, anak kualalumpur,lintangjalong dan pengkeritik anon yang terlibat supaya berhenti sejenak dan renungkan siapa yang mendapat keuntungan dari semua ini.Jawab sudah tentu musuh UMNO yang sentiasa mengintai peluang nak menghancurkan UMNO.

    Kenangkanlah kenikmatan yang banyak kita dapat secara langsung atau tidak langsung dari pejuangangan orang orang Melayu dahulu dalam UMNO.Jangan sesekali di nafikan.Siapalah Mat Yahya,Shuib, DatoHalim, Dato Fauzi, Rahman Hashim, lintangjalong waima Dato Zul sendiri kalau tidak kerana UMNO.

    Alang cantiknya jika dapat di gembelingkan tenaga tuan tuan membantu Dato Zul memperkasakan UMNO Setiawangsa,tuan tuan adalah pemimpin akar umbi yang merasai denyut nadi pengundi Setiawangsa khas nya pengundi Melayui. Jika tidak bolih bersemuka atas sebab tertentu gunakan lah saluran lain seperti blog dan sebagai nya asalkan teguran teguran tersebut iklas untuk mempekasakan UMNO.Jangan lah hanya mencerca dan mempersoalkan tugas tugas Ketua Bahagian.Beliau ada lah ketua Bahagian kita, kita kena hormat dan patuh. Untuk bejaya orang UMNO kena belajar patuh pada Ketua.Kita bolih bertanding bila ada pemilihan tapi sesudah itu kita duduk di saf masing masing.Akhir kata SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERJUANG UNTUK UMNO DAN SELAMAT BERDAMAI.



    -PEMERHATI VATERAN-

    ReplyDelete
  7. Ada berapa jam gi bolih perang.Stat tarawih kita stop sampai Raya ok

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Saya minta maaf kerana tidak dapat bersetuju dengan sesiapa yang lebih berminat menyertai komentar di dalam blog saya ini secara di luar batas akal budi. Blog ini bukan untuk mereka yang pelucah, pelondeh hal peribadi; tetapi saya amat menggemari jika anda menjadi pengulas yang profesional. Jika mengulas hal politik, biarlah yang bersangkutan dengan urusan politiknya tanpa prejudis, tanpa menyingkap kelucahan berbentuk peribadi. Pengulas tanpa nama, akan hilang kelayakannya untuk bersama buraq.

    Terima kasih di atas perhatian anda semua terhadap buraq. Wassalam.

    AHMAD YAHYA YAAKUB
    Pasir Gudang, Johor.

    ReplyDelete
  9. Kepada pemerhati vateran..
    terima kasih kerana masih lagi ambil berat masaalah bhg setiawangsa..(ingat mcm nak lupakan terus)

    Tapi kena bantu lebih la skit..klu ada kuota tu hebah2kan lah..takan kosong kot bila jaga tempat tu..salam ramadhan abg mat oyang,en rahman ,sdra rosli,radhi semarakwangsa n NKB serta lain2 yg mengikuti..terutama D*** Pengerusi ...wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Kepada sesiapa yg ingin mengutarakan pendapat & nukilan, bolehlah diemailkan kpd Locengmangsa@gmail.com. Setiap pendapat berbentuk artikel akan disiarkan selepas diteliti. Dimata umum Semarakwangsa,Locengwangsa dan buraqkualalumpur adalah sama, tetapi kami berbeza.

    ReplyDelete
  11. Memetik komen dalam blog Locengmangsa, nampaknya ini akan jadi drama bersiri:

    Next Change said...

    Komen artikel dan komentar2 buraq, semarakwangsa dan locengwangsa. Tahniah kerana memberi ruang untuk mangsa2 locengwangsa memberi sambung komen . Ini kita gunakan untuk sambung demokrasi mengikut piawaian penulis blog yang kelulusan ????. Dini hari, subuh, senja kesana kemari bawa komputer. Jadi penulisan petisyen. Setakat tu saja sebab semua tahu perangai dan sejarah. Dari arwah Azman Attar, Kamal Salih, ZUlhasnan dan Astamam. Sambung komentar 11 ogos 2010. Kena sebut pasir gudang nak tunjuk dia pun penulis blog PROFESIOANAL bukan kerja si penulis petisyen. Baru duduk dengan kawan2 di Downtown coffee zuss sampai pasir gudang.

    Sejarah akan mengesahkan perangai kamu semua. Dari lembah pantai, Wangsa Maju ke Setiawangsa. Dah jolok sarang tabuan, tak apa yang boleh dihentikan. Tu pasal nak halang pula yang tak bernama. Dah nampak dan dah sah dah kerja siapa sebab MO serupa. Orang baca sebab komentar2 bentuk provokasi, bukan fakta2. Piii Daaah. 50,000 konon. Mengapa perlu buka blog lain kalau dah tak laku. Bila baca karangan si anu tu, nampak persamaan struktur dan susunan ayat2 memang kerja dia. Yang menyokong dia samalah. Bukan semua tak tahu kumpulan mereka, perangainya, hasratnya, dengkinya, Nanti kita tunggu satu persatu orang2 nak komen pasal mereka ni.

    Kita teruskan telanjangkan mereka yang gatal memulakan dulu. Tak dapat masuk buraq, kita cari blog lain sambung apa yang dimulakan. Edar kepada kawan2. Haahh PROFESIONAL KONON?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.