August 13, 2010

PEKENA RENDANG ITIK, KARI KAMBING DI WARUNG MAMAK SELANGOR MANSION

Selepas bertarawih di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah di Taman Sri Rampai saya sempat bertemu dengan rakan-rakan saya di Downtown Coffee & Tea di Rampai Business Park.

Kebetulan rakan-rakan saya itu Rosli, Rahman, Radzi, Badrun, Pak Ya, Jo dan beberapa orang yang lainnya sedang bersantai minum malam bersama Datuk Astaman di situ, dimana mereka kesemuanya juga baru lepas bertarawih di Surau Persiaran Setiawangsa iaitu di Cawangan Samad Saim.

Sebaik sahaja Datuk Astaman meninggalkan kami kira-kira jam 12.00 tengah malam, kami telah berpindah tempat kerana Rosli mengajak kami ke warung mamak di Selangor Mansion, di Jalan Masjid India (Gambar di atas) untuk pekena kenikmatan sajian mamak yang cukup popular itu.

Wow...sebaik sampai di warung mamak itu selera saya semakin terliur dengan segala sajian lauk pauknya terutama kari kambing, kari ayam dan rendang itik yang menjadi pilihan saya untuk bersahur bersama rakan-rakan yang lainnya.

Memang berselera......kami bersahur awal pada malam kedua ramadan ini, dan semasa nak balik kira-kira jam 1.30 pagi ada yang 'tapau' untuk menyambung bersahur di rumah pula.

.


5 comments:

  1. Komen yang ke2 dalam blog locengmangsa pd 11/8/10 :

    Anonymous said...

    Cuba perhatikan pebila Rahman Hashim cuba di telanjangkan dengan sertamerta Mat ya mengambil tindakan menhalang pengkritik tampa nama.

    Saya rasa ini membawa 2 makna;
    1) Buraqkualalumpur sememang nya tunggangan Rahman Hashim.
    2) Rahman Hashim baru tersedar yang diri nya telah terjolok sarang tebuan.

    Sukurlah kita sudah ada saluran baru yang bolih di gunakan untuk meluahkan rasa hati kita tampa di sekat.Saya rasa UMNO Setiawangsa sememang nya perlu satu blog yang bebas supaya akar umbi dapat memberi pandangan dan juga aduan tampa takut. Dari sini bolih KB tahu apa yang sebenar nya berlaku di bawah.SELAMAT BERPUASA DAN MENULIS.

    ReplyDelete
  2. Dari email seseorang yang bertitle "Ikan Nun", beliau sedang mengemaskini dan membuka lembaran sejarah untuk menyingkap kembali cerita-cerita berkenaan Sejarah Perjalanan Ahmad Yahya, Rahman Hashim dan geng-geng yang disebutnya. tunggu dan lihattttttt.........

    ReplyDelete
  3. KIAH NAK TAHU JUGA PERKEMBANGAN YANG TERBARU, ASYIK DENGAR SEBELAH PIHAK JE, MANA MUNGKIN ADIL BUKAN? DAH SAH2 YANG DATO ZUL, DATO HALIM, DATO FAUZI DAN SHUIB TAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA UNTUK DIGIGIT OLEH MEREKA2 TU.COBA TANYA KETUA WANITA, BURPPPPPP......(SENDAWA)!

    JANGANLAH MENANGUK DIAIR KERUH, PROVOKASI ANDA TERLALU AWAL, YANG KESIANNYA TOK DISANA TU, MAKLUMLAH MACAM DAILOG :
    TOK,TOK,TOK BUAT MACAM ITU TOK,
    TOK,TOK,TOK BUAT MACAM INI TOK,
    TOK,TOK,TOK KITA BUAT ANUGERAH SUKAN TOK

    HUJUNG2 KAMI YANG MASYUKKKK TOKKKKKK..........

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Satu perkembangan yang baik apabila muncul laman blog kendalian 'mata'. Biarlah penulisan 'politik' tidak terjebak dgn sentimen menyerang 'peribadi'. Cuma blog anda masih tidak berani tampilkan identiti diri sebenar seperti blog semarakwangsa, buraq dan locengwangsa. Lebih molek jika anda lebih profesional.

    ReplyDelete
  5. Saya berbangga dengan sambutan yang diberikan terhadap blog buraqkualalumpur. Sejak sebulan yang lalu blog ini telah dilayari lebih 1042 orang. Walaupun terdapat segelintir pelayar yang tidak profesional dalam mengupas isu-isu yang diutarakan sehingga menjebakkan diri mereka di lembah kehinaan, terutama menjelang gerbang ramadan yang mubarak ini.
    Sepanjang saya menulis rasanya saya tidak tertarik untuk saya mengheret isu peribadi mana-mana pihak yang tidak saya gemari pencak politiknya. Namun saya kecewa wujudnya pengulas-pengulas tertentu yang lebih tersasar untuk memberikan pembelaan ampu bodek kepada mentornya, sehingga terlupa seolah-olah orang lain tidak mengetahui juga hal-hal peribadi tokoh-tokoh tertentu termasuk mentor masing-masing.
    Persoalannya wajarkah blog milik saya ini dijadikan platform untuk memuntahkan hal-hal sedemikian? Setelah saya sendiri mengikutinya, saya mendapati ada percubaan pihak tertentu yang disuruh menjadi 'pelondeh' untuk melucahkan hal peribadi seseorang, bukan sahaja hal diri saya malah terhadap rakan saya yang dituding sebagai penunggang saya, iaitu Rahman Hashim; maka saya dapati sentimen ini jika terus dibiarkan akan merasuk pula hal-hal peribadi tokoh2 yang lainnya yang mungkin ada pelondehnya.
    ini terbukti apabila ada satu pihak yang mungkin terlalu ghairah untuk memalukan Rahman Hashim, maka muncul pula pengulas lain yang cuba mendedahkan hal peribadi Haji Ahmad Hashim, Ketua Penerangan KB Setiawangsa yang didakwa pernah berkunjung ke rumah urut di Bangsar, dan mendedahkan juga kononnya Haji Ahmad Hashim pernah ditangkap basah?
    Saya menganggapkan isu-isu seumpama ini tidak wajar dibiarkan menodai blog buraq. Saya menjadi bertambah bimbang kerana ada yang emelkan kepada blog saya tentang hal-hal peribadi Ketua UMNO Bahagian, termasuk juga hal-hal yang menyentuh peribadi Datuk Astaman, Rosli Mohamad, Shuib, Datuk Fauzi malah terdapat yang menyentuh hal peribadi saya sendiri.
    Perkembangan sedemikian bukanlah sesuatu yang sihat, sedangkan diantara kita bukanlah musuh sebenar. Jika hendak berceloteh tentang politik eloklah secara pandangan yang membina dan hindarkanlah daripada perasaan dendam untuk menelanjangkan perkara-perkara yang berbentuk fitnah.
    Maka sebab itu saya memohon maaf untuk tidak membenarkan lagi sebarang ulasan memasuki laman maya saya selepas ini. Pilihlah lamah blog lain yang mungkin lebih mirip dengan kerakusan emosi anda itu.
    Terima kasih atas sokongan selama ini.

    AHMAD YAHAYA YAAKUB
    buraqkualalumpur.blogspot.com.
    14 Ogos 2010.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.