July 27, 2010

SAYA DAN PERKASA SETIAWANGSA


PERKASA - Memperkasa Melayu

Saya amat menghargai di atas kepercayaan Dato' Paduka Ibrahim Ali Presiden PERKASA yang telah melantik saya menjadi Pengerusi PERKASA Parlimen Setiawangsa. Sesungguhnya saya tidak menjangka bahawa diri saya yang serba serbi lemah ini telah diletakkan sebagai peneraju kepada sebuah pertubuhan yang memperkasakan Melayu di kawasan Parlimen Setiawangsa.

Nampaknya di Wilayah Persekutuan ini Pengerusi PERKASA di peringkat parlimennya tidak terdapat walau seorang pun Pengerusinya terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian. Di Setiawangsa walaupun saya bukan Ketua UMNO Bahagian dan bukan juga 'Ahli Parlimen', tetapi Ibrahim Ali tidak menjadikan kriteria itu untuk melayakkan seseorang itu menjadi Pengerusi PERKASA di peringkat Parlimen.

Ibrahim Ali tidak memilih Dato' Sri Zulhasnan Rafique Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa sebagai Pengerusi PERKASA di kawasan parlimennya. Adakah Ibrahim Ali tidak percaya kepada UMNO sehingga tidak melantik Ketua UMNO Bahagian sebagai Pengerusi PERKASA di setiap kawasan Parlimen di WP?

(Foto Kanan: Saya menerima watikah perlantikan Penegerusi Perkasa Setiawangsa daripada Tan Sri Sanusi Junid, pada 25 Julai lalu)

Apakah dengan tidak melantik Ketua UMNO Bahagian maka PERKASA dikatakan tidak sehaluan lagi dengan UMNO yang selama ini telah banyak berjasa kepada orang Melayu di negara ini? Memang benar Ibrahim Ali bukannya pemimpin UMNO dan bukan pula Ahli Parlimen UMNO/BN, tetapi Ibrahim Ali telah memperlihatkan keperkasaannya mendepani banyak isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Melayu yang kini semakin tercabar.

Jika hari ini ramai yang berkata bahawa UMNO tidak segarang dahulu dalam memartabatkan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini, maka kemunculan PERKASA telah memberi kejutan kepada pihak yang cuba bermain api memperlekehkan bangsa Melayu. PERKASA lebih bertegas dan bersuara lantang dalam mempertahankan kedaulatan Melayu sekiranya kelesuan UMNO yang menjadi faktornya.

GAMBAR SEKITAR PELANCARAN PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN
PADA 25 JULAI 2010


Kiri - Tan Sri Sanusi diperkenalkan dengan semua Pengerusi Perkasa Peringkat
Parlimen Wilayah Persekutuan. Kanan: Sanusi sedang berucap.



Kiri - Ahmad Yahaya sedang beramah mesra dengan Sanusi, Ibrahim Ali,
Yusof Hamid dan Azrat Gull. Kanan - Dato' Mokhtar Samad Yang Dipertua Perkasa WP sedang berucap.

Maka sebab itu, apabila saya dilantik menjadi Pengerusi PERKASA Setiawangsa, saya tidak melengahkan untuk memberikan 'kata setuju' kepada Presiden PERKASA Ibrahim Ali dan kepada Mokhtar Samad, Yang Dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan. Saya bersetuju setelah saya melihat PERKASA memberikan platfom kepada saya untuk memperkasakan isu-isu yang membabitkan bangsa Melayu khususnya di kawasan Parlimen yang saya wakili.

Tidak bermakna saya memperkasakan PERKASA maka saya tidak lagi perkasakan UMNO. PERKASA adalah NGO Melayu, manakala UMNO adalah sebuah parti politik Melayu yang terbesar di negara ini. Diantara kedua-duanya mempunyai hala tuju perjuangan yang sama dan sederap iaitu untuk memberikan wajah harapan kepada bangsa Melayu yang sedang kita warisi ini.

Biarkan PERKASA melengkapkan perjuangannya, kerana PERKASA tahu siapa kawan dan siapa yang menjadi lawan ketika umat Melayu di negara ini dihimpit dengan pelbagai tekanan termasuk tekanan politik kiri dan kanan. PERKASA Setiawangsa tidak mungkin berlaga angin dengan UMNO Setiawangsa hanya semata-mata berlainan pemimpinnya.

Begitu juga saya yakini bahawa PERKASA tidak akan menderhaka kepada perjuangan memperkasa MELAYU, walaupun ada di kalangan pemimpin UMNO yang mencemburuinya. Jika UMNO masih berpegang kuat kepada kepentingan Melayunya, apa kurangnya PERKASA. UMNO wajarlah diperkasakan sebagaimana PERKASA memperkasakan bangsa.

Saya berharap rakan-rakan seperjuangan yang membarisi PERKASA Setiawangsa seperti Cikgu Mat Laili, Dato' Yamin, Rahman Hashim, Rosli Mohammad, Radzi Jaafar, Yahaya Tahir, Abang Zul Semarak, Abg Yatim, Hamid Mayuni, Abas, Hj Yahaya, Nasir Amin, Muner, Roselan, Abg Badrun, Shari Sidek, Samad Saim, Wan Yaakop, Nora Tarmizi, Maimunah Shahrizan, Awaludin Zaharin, Zainal Mahmud, Jaafar Malek - marilah sama-sama kita perkuatkan iltizam untuk masa depan agama Islam, bangsa Melayu dan juga negara yang tercinta ini.

HIDUP MELAYU!!


26 comments:

  1. Saya rasa Tok Him perlu menkaji semula idea melantik orang UMNO mengetuai PEKASA di satu satu kawasan.

    Pekasa di tubuhkan untuk apa. Adakah jawapan nya untuk memberi platfom baru kepada jaguh jaguh UMNO yang mulai di jauhi olih orang Melayu.Saya rasa tentu tidak.Pekasa di tubukan (saya harap) untuk mempertahan hak Melayu di negera sendiri.

    Perjuangan ini mesti pelopori bukan olih orang politik UMNO yang sedang terkapai kapai tak tau punca(atau tak mau tau) sebab merudumnya sokongan melayu pada UMNO.

    Macamana orang melayu Setiawangsa yang meluat dengan Juara juara UMNO dapat di pujuk dan di tarbiahkan dengan idea perjuangan pekasa.

    Cuba kita lihat nama nama yang di sebut sebagai rakan sepejuangan(agaknya akan di lantik sebagai AJK seorang dah pun di lantik sebagai SU) mereka ini semua adalah ketua ketua cawangan atau orang kuat UMNO Setiawangsa. Sudah terang lagi bersuluh Mat Yahya cuba mengUMNOkan Pekasa Setiawangsa.

    ReplyDelete
  2. Kepada Anon 10.05 bagi lah peluang Mat Yahya nak jadi ketua. Dia ni berangan angan nak jadi Ketua Bahagian UMNO tapi tak tepeluk gunung.Angan angan ni di simpan dari Wangsamaju dulu lagi sebab tu dia lawan Kamal Salleh. Tak dapat Ketua UMNO bahagian ketua pekasa bahagian pun jadilah.

    ReplyDelete
  3. Jgn dicemburui jawatannya sekarang. Bukan dia yang tergila2 jwtn itu, tapi Ibrahim Ali percayakan dia.

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dgn pandangan sebaik baik nya PERKASA hendaklah diterajui olih mereka yg bukan dari kalangan ahli politik terutama sekali mereka yg menjadi ahli UMNO kerana perjuangan UMNO untuk org melayu iyu lebih terdahulu dan mantap dari PERKASA.Ahli UMNO yg menjadi ahli PERKASA seolah olah memberi mesej kpd org ramai bahawa dlm UMNO ruang untuk menyuarakan kepentingan melayu tidak terbuka luas atau pun suara suara memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan melayu tidak mendapat sambutan atau tindakan seperti yg diharapkan dari pucuk pimpinan parti.SAYA MEMPUNYAI PENUH KEYAKINAN BAHAWA UMNO MASIH RELEVAN DLM MEMPERJUANGKAN DAN MEMPERTAHANKAN HAK ORG MELAYU DAN MERUPAKAN PLATFORM YG TERBAIK BAGI MEREKA YG MEMPUNYAI KENGINAN DAN SEMANGAT UTK BERBAKTI KPD AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju dgn pandangan yg merendahkan dan memperlekehkan kewibaan dan kepimpinan sdr ahmad yahya.Semangat kemelayuan yg tebal dan kental yg ada pada diri sdr ahmad yahya tidak dpt dinafikan .SELAMAT BERJUANG SDR AHMAD YAHYA.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Boleh bertanya ? Sejauh mana tahap pendidikan formal Encik Ahmad Yahaya ni..... LCE? MCE?

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Saya akui dengan kelemahan diri saya, tetapi saya bersyukur kerana masih ada yang mempercayai saya untuk sebuah perjuangan yang belum selesai.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam, kpd yg bertanya tentang kelulusan sdr ahmad yahya,saya pula ingin bertanya.Anda pemegang ijazah PHD ke dan yg mana satu,doktor falsafah atau perangai hasad dengki?Soalan diajukan utk pengetahuan atau memalukan?Kalau utk pengetahuan tak apalah tapi kalau tujuan untuk memalukan,banyak banyaklah beristiqfar !Dlm perjuangan utk meeperkasakan.memperjuang dan mempertahankan agama,bangsa dan negara,saya rasa kelusan akademi tidak sepenting mempunyai semangat yg waja,keberanian,ketulusan dan keikhlasan.

    ReplyDelete
  8. Encik boleh bertanya
    Dah putus ke waya saudara ni..ini bukan kes nak interview kerja...siapa itu Kassim Selamat..majistret,doktor..APAAA..pemuzik? Alahai Kassim..

    ReplyDelete
  9. salam
    mcm mcm ada..gila tanya org lulus apa pun wujud lagi dlm Wilayah nie..Tya kat Upin Ipin lagi baik...

    ReplyDelete
  10. Adoiii,baru tanya kelulusan dah nak melenting, bukan apa, mungkin Encik Boleh Bertanya fikirkan Tuan Ahmad Yahaya yang memimpin Perkasa boleh berkongsi maklumat, maklumlah Ketua mesti transparent maa atau Encik Boleh Bertanya tu ada muslihat lain. ntah la labu apasal bila sebut bab pendidikan musti ada yang terasa

    ReplyDelete
  11. Kenape soal kelulusan saya yg hendak dipertikaikan, saya mmg asal orang susah, sekolah pun tak tinggi, direndam basah, di bakar hangus. Eloknya pergi protes kat Ibrahim Ali supaya tak lantik org seperti saya memimpin Perkasa. Saya dah kata....bukan saya yg melobi nak jawatan itu. Tetapi Zulhasnan tak berkelulusan tinggi pun dapat juga merasa jawatan MENTERI?

    ReplyDelete
  12. Sama-samalah kita lihat. Encik Ahmad Yahya perlu membuktikan keupayaan membawa PERKASA ke arah kejayaan yang menjadi wadah pembelaan orang Melayu di Setiawangsa. Sebagai pemimpin yang diamanahkan perjuangan perlu ikhlas, berani
    adil dan segala-galanya.

    Saya ucapkan syabas, Selamat berjuang demi membela bangsa melayu yang kian lama makin terpinggir. Saya bimbang bangsa melayu satu hari nanti akan menjadi seperti perpatah yang mnegatakan 'Ayam di kepuk mati kelaparan dan Itik di air mati kehausan' Sama-samalah nanti kita menilai kepimpinan beliau

    ReplyDelete
  13. Salam ,

    Kepada kiah G- String Sila beri no. Tel untuk dihubungi daftar ahli PerKasa .

    Untuk makluman pemohon mesti berbangsa Melayu berugama Islam dan warganegara Malaysia .

    Sekian Pemantau Perkasa .

    ReplyDelete
  14. Mentang-mentang si Kiah pakai g sting, abg terus minta no. telefon, no. kitaorang ni tak minta langsung.

    ReplyDelete
  15. Pda saya kelulusan bukan citera yang penting sangat. Tapi nak bagi tau jadi ketua Pekasa ni mesti bolih berucap berapi api nak naikkan semengat. Bolih ke mat Yahya berucap macam Tok Him .

    ReplyDelete
  16. Mat Yahya memiliki panglimanya, Rahman Hashim. Abg Rahman dijangka akan jadi shooter kepd Perkasa Setiawangsa.

    ReplyDelete
  17. Dalam tulisan bolihlah Rahman Hashim bantu Mat uyang tapi dalam berucap camne nak bantu .Nak pakai maiming ke.....

    ReplyDelete
  18. salam,sunggoh menghairankan apbila sdr ahmad yahya dilantik oleh dtk ibrahim ali menjadi ketua perkasa bagi parlimen setiawangsa ada pembaca pembaca yg rasa tidak senang hati dgn perlantikan itu dan banyak yg dipertikaikan tentang dirinya,dari kewibaaan kpd kelulusan akademi dan yg terakhir kebolehannnya berucap.Apakah penulis penulis komen negatif ini merasakan diri mereka lebih baik dari sdr ahmad yahya bersabit dgn tiga perkara(setakat ini)yg menjadi tanda soal kpd mereka (kewibaaan,kelulusan,kebolehan berucap)ataupun komen komen itu timbul dari hati yg cemburu atau dengki?Pada pandangan saya dan mungkin ramai yg bersetuju, ketua umno bahagian setiawangsa pun tidak mempunyai kelulusan yg tinggi maupun pandai berucap.Mestikah pandai berucap atau berpidato menjadi salah satu kriteria untuk menjadi seorg pemimpin?Kalau mesti maka saya rasa ramai menteri menteri kabinet,ketua ketua bahagian umno patut didesak mengundur diri oleh penulis penulis komen tadi bermula dgn pemimpin pemimpin tertinggi umno bahagian setiawangsa kerana pada saya pemidato pemidato yg baik di umno bahagian setiawangsa bukanlah dikalangan pemimpin pemimpin tertinggi bahagian.Biarlah teguran yg dibuat untuk tujuan membina bukan memusnahkan.Biarlah soalan soalan yg dikemukakan bertujuan utk mendapatkan penjelasan bukan memalukan.Jangan ada yg tersirat dlm yg tersurat.Ingatlah tiada manusia yg sempurna dan yg mulia disisi Allah swt bukanlah mereka yg berkedudukan tinggi dlm masyarakat,berkelulusan tinggi maupun kaya raya tetapi mereka mereka yg mempunyai keimanan yg tinggi.Tidak guna mempunyai kewibaan jika disalah gunakan.Tidak guna berkelulusan tinggi jika mempunyai hati yg dengki.Tidak guna pandai berucap jika tidak pandai melaksanakan.Memang benar kata org org tua dahulu bahawa memang mudah utk menuding jari tapi memerlukan sedikit tenaga utk membengkokkan nya kearah kita.MARI KITA PERKUATKAN USAHA UTK MEMPERKASAKAN AGAMA ISLAM,BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA YG KITA CINTAI INI.

    ReplyDelete
  19. Salam ,

    Kepada manusia yang komen Sdr. Ahmad Yahya dengan niat menjatuhkan maruah nya , saya rasa bolehlah kita sedekahkan Fatihah agar dapat diperbetul , dibersihkan hati dan tidak terlanjur hala tuju terhadap masyarakat dan diri .

    Al-Fatihah .

    ReplyDelete
  20. Saya menghargai segala pandangan yg ikhlas yang dilontarkan di dlm ruangan ini. Seperti yg tlh saya ungkap sebelum ini, iaitu saya bukanlah insan yg sempurna, namun saya bersyukur di atas segala nikmat yang telah saya kecapi selama ini. Mintaa maaf andainya kelemahan yg Allah berikan kpd saya menjadi kerunsingan kepada anda yang berkenaan.

    ReplyDelete
  21. THE STAR ONLINE FEBRUARY 2006

    EX-PILOT SCALES NEW HEIGHTS AS FADERAL TERRITORIES MINISTER

    PETALING JAYA: The political career of former pilot Datuk Zulhasnan Rafique has soared to new heights with his promotion to Federal Territories Minister.

    Saying that he was shocked and honoured by the appointment, he added: “I thank God and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for his trust, honour and mandate.”

    Zulhasnan: ‘I will try and meet with the Prime Minister as soon as possible to get his views and advice’
    Prior to this, Zulhasnan was Deputy Federal Territories Minister.
    The ministerial job became vacant following the resignation of Tan Sri Isa Samad in October last year. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Jalil had been the acting FT minister since.

    “I will try and meet with the Prime Minister as soon as possible to get his views and advice regarding the mandate and trust he has given me to head this ministry,” he said in a statement yesterday.

    He said the ministry, responsible for the federal territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, was seen as strategic and critical in the country’s transformation towards being a nation of glory, excellence and distinction.

    Zulhasnan is the Setiawangsa MP. He is also Federal Territories’ Umno deputy liaison chief and the Commonwealth of Parliamentary Association Malaysia deputy chairman.

    He had his early education in La Salle High School here and Victoria Institution in Kuala Lumpur.

    He joined the Royal Malaysian Air Force as a fighter pilot and retired in 1985 with the rank of major

    P/S - Sekolah tak tinggi boleh jadi pilot ke?, ex patriot bro bukan pilot commercial. For sure Dato Sri jenis yang educated.

    ReplyDelete
  22. salam,kpd bro yg begitu bersusah payah memetik dari akhbar the star lapuran tentang perlantikan dtk zul sebagai mentei wilayah,saya nasihat buka kamus utk benar benar memahami pengertian perkataan patriot.Jgnlah kerana nak membodek maka sewenang wenang memberikan gelaran kpd org yang nak dibodek.Lagipun perkataan ex patriot itu kalau digunakan pun merujuk kpd org yg dah tiada lagi.Dari komen komen yg saya baca tiada seorang pun mengatakan dato zul tidak 'educated',cuma tidak berkelulusan tinggi.Kebiasaannya kelulusan tinggi merujuk kpd mereka yg sekurang kurangnya mempunyai diploma.Saya rasa tiada siapa yg mempertikaikan atau merendahkan kelulusan dato zul tapi menggunakan kelulusan yg ada pada dirinya utk memperkukohkan pandangan bahawa utk menjadi seorg pemimpin tidak semestinya mempunyai kelulusan yg tinggi.Biar betul betul bro,kalau nak ampu pun biarlah kena tempatnya.

    ReplyDelete
  23. Kpd Anonymous.... Kalau tak tau, baik jangan menyampuk, definasi Ex Partiot terlalu banyak, didalam dunia penerbangan, there's a codename yang biasa digunakan amongs "TECH CREW" atau pilot la, senang nak bagi faham spt Captain,First Officer or Flight Engineer, when a pilot retire from Air force.... We called them "ex patriot", ramai diantara mereka yang join commercial airline, we also called them ex partiot cos mereka ni bukan fresh graduate from our's institution and the flight safety manual are totally diffrent from us..... ada faham ? itu belum sebut pasal tech contohnya top speed commercial airlines 747-300 - 996km/h compare dengan fighter aircraft ...? lagi tak faham ....

    ReplyDelete
  24. Salam ,

    Untung juga baca Bloger Buraq . Macam-macam boleh belajar .Bila dah baca rasa nya macam nak jadi Pilot la....

    ReplyDelete
  25. kpd 747-300,wow thanks enlightening us on the meaning of the word ex-patriot in the flying world.Sound so greeeat,hope u are not showing off!(guna bahasa inggeris bro supaya u tahu kita pun educated)Apakah bro sedar bahawa blog ini bukan nya khas utk mereka yg terlibat dlm dunia penerbangan dan kebanyakkan pembacanya terdiri dari mereka mereka yg bukan datang dari dunia penerbangan oleh kerana itu bukankah lebih wajar menggunakan perkataan yg tidak teknikal.Nasib baik ada penulis komen tidak tahu bahawa perkataan patriot itu dlm dunia penerbangan tidak sama dgn yg terdapat dlm kamus dan bro menerangkan kalau tidak ramai yg keliru...confucion...confucion...confucion.Next time bro gunakanlah perkataan yg maknanya diterima umum....harap faham.

    ReplyDelete
  26. correction - please add the word 'for' before the word 'enlightening'...tertinggal(jgn ada pula yg kata 'broken english')

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.