July 26, 2010

ZULHASNAN DAN PELAPISNYA


Zulhasnan Rafique, Halim Samad dan Fauzi Zahari

Parlimen Setiawangsa satu-satunya kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO dan BN di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam PRU12 2008 yang lalu. Selain Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan juga turut dimenangi oleh UMNO/BN.

Titiwangsa, Lembah Pantai, Wangsa Maju, Batu, Cheras, Bandar Tun Razak, Seputeh, Kepong, Segambut dan Bukit Bintang kesemuanya tidak dimenangi oleh Barisan Nasional. Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang mengepalai UMNO Bahagian Setiawangsa sejak 2004 walaupun menang dalam PRU12, namun hanya enam daripada lima belas peti undi yang terdapat di Parlimen Setiawangsa yang telah dimenangi, sementara sembilan peti undi yang lainnya telah mencatatkan ketewasan sokongan terhadap UMNO/BN.

Kejayaan Zulhasnan yang menjadi Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu telah diselamatkan oleh sebilangan 14 ribu pengundi-pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis dan juga tentera yang terdapat di dalam Parlimen Setiawangsa. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun berkenaan agak terkejut dengan keputusan rakyat itu kerana ia sedikit sebanyak telah mencalarkan imejnya sebagai seorang Menteri.
Justify Full
Namun begitu Zulhasnan tetap bernasib baik kerana rakan-rakan seperjuangannya di dalam UMNO seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil yang bertanding di Lembah Pantai, dan Dato' Abdul Aziz yang menggantikan Datuk Astaman di Titiwangsa telah direbahkan oleh rakyat di kawasan parlimen masing-masing.

Di sebalik kejayaannya mengungguli di kawasan Parlimen Setiawangsa rupa-rupanya ia tidak memikat Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah untuk mengekalkan jawatan Menterinya. Walaupun Zulhasnan berjaya di tempat ke 22 di dalam merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2008, namun Perdana Menteri yang ke-6 ini bagaikan tidak menghiraukan kedudukan itu lantas telah menggugurkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang telah disandangnya semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Dato' Sri Najib lebih rela dan bersenang hati melantik orang baru yang bukannya seorang Ahli Majlis Tertinggi dan bukan juga seorang Ahli Dewan Rakyat iaitu Datuk Raja Nong Chik yang hanya seorang Ketua UMNO Bahagian di Lembah Pantai untuk mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan.

Raja Nong Chik dilantik menjadi senator dan terus sahaja diumumkan sebagai seorang Menteri Wilayah Persekutuan sekaligus menggugurkan Zulhasnan. Demikianlah mudahnya paparan naik turun (Uploading) seorang politikus yang auranya hanya dibayangi oleh tokoh tertentu (Perdana Menteri). Langit tidak selalunya cerah. Dirinya hanya bergantung kepada sinaran mentari, jika awan berarak melindungi mentari, maka mendung kelabu menyelubungi diri.

(Foto Kanan: Zulhasnan menyerahkan tugas kepada penggantinya Raja Nong Chik)

Zulhasnan kini sedang menghitung hari samada dirinya akan terus bersambung menjadi calon UMNO di dalam PRU13 yang bakal menjelma setahun dua ini. Beliau yang tidak menduga dirinya akan menjadi calon dalam pilihan raya umum 1999, apakah beliau juga akan tidak terduga untuk digantikan dengan orang lain dalam era pasca PRU13 yang diterajui oleh Dato' Sri Najib kali ini?

Sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat tentulah beliau mengharapkan agar rakyat dapat memberikan mandat sekali lagi kepadanya. Sebagai pemimpin yang berusia 55 tahun, tentunya beliau dikategorikan sebagai golongan pemimpin yang masih berkeupayaan untuk meneruskan khidmat baktinya sebagai seorang wakil rakyat di kawasan Parlimen Setiawangsa.

Namun begitu, liku-liku perjalanan seorang politikus bukanlah semudah yang dijangka. Lihat sajalah, Datuk Astaman Abdul Aziz yang pernah diletakkan bertanding di Parlimen Titiwangsa dalam PRU 2004, tetapi telah disingkatkan perkhidmatannya sehingga beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU12 yang lalu.

Kemungkinan untuk mengekalkan Zulhasnan sebagai wakil rakyat di Setiawangsa sampai bila-bila selagi berhayat adalah sesuatu jangkaan yang agak keterlaluan untuk diterima akal. Saya rasa dirinya juga tidak mungkin bersetuju jika beliau terus dikekalkan sehingga boleh menyekat laluan penggantinya yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti nanti.

Sebagai parti yang didokongi oleh rakyat, tentunya pemimpin akan bersilih ganti untuk menyegarkan sokongan rakyat terhadap parti. Pemimpin yang masih berdegil untuk bertapa di atas takhtanya, lambat laun tentu akan diturunkan oleh rakyat. Sebelum diturunkan tentunya ada isyarat yang memerlukan seseorang pemimpin itu menyediakan pelapisnya.

Di Setiawangsa ini, Zulhasnan hendaklah bersedia daripada sekarang untuk menyediakan barisan pelapisnya. Walaupun bukan sekarang masanya untuk Zulhasnan melepaskan jawatannya, namun tidak wajar juga orang lain begitu rakus untuk menggantikannya. Siapa juga yang bakal penggantinya nanti, biarlah tokoh itu menjadi idola kepada rakyat yang menyambung perjuangan yang telah digagaskan oleh Dato' Sri Zulhasnan selama ini.

Jika ada kewajaran untuk menggantikan Zulhasnan, biarlah penggantinya dapat diterima dan dipersetujui oleh segenap lapisan masyarakat yang berada di Setiawangsa. Jika pemimpin yang diangkat hanya disenangi oleh kabilah tertentu sahaja, tentu sekali pemimpin semacam itu akan mudah direbahkan oleh kabilah yang lainnya. Akhirnya tindakan menjatuhkan pemimpin juga akan menghampirkan UMNO dengan kemusnahan di atas tangan-tangan yang rakus kuasa.

Persoalannya wajarkah Zulhasnan digantikan? Pada saya, Zulhasnan hanya boleh ditukarkan jika beliau tidak lagi memenuhi aspirasi rakyat yang diwakilinya atau beliau sendiri tidak lagi berminat dan tidak berhajat untuk meneruskan legasinya sebagai wakil rakyat selepas ini.

Jika perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen Setiawangsa ditamatkan oleh pucuk pimpinan parti, maka PRU13 bakal menyaksikan kemunculan calon baru untuk menjadi galang gantinya. Persoalannya, siapakah yang bakal mengisi kekosongan itu? Tentunyalah calon itu daripada UMNO. Tetapi siapa?

Benarkah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua Bahagian Setiawangsa yang mengidamkan kerusi itu? Bagaimana pula dengan Timbalan Ketua Bahagian Dato' Halim Samad, apakah beliau hanya berpada dengan apa yang ada? Zulhasnan yang sudah 11 tahun menjadi Ahli Parlimen tentunya beliau tidak terkilan jika talian hayatnya itu tidak bersambung.

Sepanjang 11 tahun menjadi wakil rakyat, geraf pencapainnya dilihat pada tahap turun naik. Di awal kemunculannya sebagai wakil rakyat, Zulhasnan dilihat begitu merakyat.

Namun pada tahun 2001, Zulhasnan yang berani mencuba untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju yang ketika itu masih disandang oleh Datuk Dr. Kamal Salih (Kini, Tan Sri), beliau telah menghadapi kegagalan setelah pertarungan dua penjuru di antara dirinya dengan Datuk Astaman Abdul Aziz (Foto kiri) telah menyaksikan beliau kecundang.

(Foto kiri - Astaman. Beliau pernah menewaskan Zulhasnan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada tahun 2001)

Difahamkan pada mulanya Zulhasnan akan berergu dengan Astaman untuk jawatan nombor satu dan nombor dua, namun setelah Kamal Salih menarik diri daripada sirkit pertandingan jawatan nombor satu itu, maka Datuk Astaman telah dilonjakkan oleh penyokong-penyokong Kamal Salih supaya beradu nasib dengan Dato' Zulhasnan.

Senario itu telah memaksa Zulhasnan bergandingan pula dengan Dato' Zainal Nazeri Zainuddin sebagai calon Timbalannya di samping Dato' Shafei Abdullah yang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian. Tuhan telah mentakdirkan hanya Zulhasnan yang tewas bagi jawatan Ketua Bahagian, manakala Zainal Nazeri dan Shafei telah berjaya menewaskan calon lawan masing-masing, termasuk diri saya yang tertewas untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.

Zulhasnan dikira bernasib baik kerana persempadan baru kawasan parlimen yang berlaku pada tahun 2004 telah mentakdirkan dirinya dilantik menjadi Ketua Penaja UMNO Bahagian yang baru iaitu Bahagian Setiawangsa. Saya juga bernasib baik kerana telah digandingkan sebagai Timbalannya pada tahun berkenaan.

Datuk Astaman dan Dato' Zainal Nazeri pula masing-masing digandingkan sebagai Ketua dan Timbalan Ketua di Bahagian Wangsa Maju yang telah disempadankan semula. Zulhasnan yang masih menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju ketika itu tidak lagi menghadapai persaingan politik dengan musuh tradisinya Datuk Astaman dan juga Dato' Zainal Nazeri. Penyokong kuatnya, Shafei Abdullah turut berada di Bahagian Wangsa Maju sebagai Naib Ketua Bahagian.

Zulhasnan kelihatannya selesa di Bahagian yang baru ini. Ketiadaan tokoh-tokoh yang berpengaruh di Bahagian Setiawangsa untuk menandingi kehebatannya telah menjadikan dirinya semakin dominan, malah terbukti tidak ada sesiapa pun yang berani tampilkan diri untuk mencabar beliau pada tahun 2004 dan juga pada tahun 2008 yang lalu.

Walaupun masih ada tokoh-tokoh lain seperti Dato' Halim Samad, Dato' Fauzi Zahari, Dato' Izudin Ishak dan Dato' Mohd. Yamin Dato' Rahim di persada Setiawangsa, namun kekuatan mereka tidak mampu untuk menundukkan seorang wakil rakyat yang telah menjadi Timbalan Menteri dan kemudiannya menjadi seorang Menteri.

SEJAUH MANA MEREKA INI BOLEH MENJADI PELAPIS KEPIMPINAN SETIAWANGSA?


Dari Kiri - Yamin, Shuib, Zainal Mahmood, Ahmad Hashim & Rahman Hashim

Individu-individu lain seperti Samad Saim yang telah memenangi undi tertinggi G7 baru-baru ini, Ahmad Hashim, Shuib Ibrahim, Rahman Hashim, Azhar Kassim, Zainal Tan Sri Mahmood, Azmi Badarudin termasuk diri saya bukanlah saingan sebenar bagi Dato' Sri Zulhasnan Rafique.

Tetapi ramai yang berkata, kemunculan semula Datuk Astaman Abdul Aziz yang kini menjadi ahli UMNO di Bahagian Setiawangsa mampu menggugat Dato' Sri Zulhasnan yang sedang terpinggir dalam arus perdana politik nasional. Itu pun jika Astaman berminat untuk menawarkan perkhidmatannya sebagai Ketua Bahagian, manakala Zulhasnan pula pada masa itu tidak lagi terpilih sebagai Wakil Rakyat.

Senario dan jangkaan kemungkinan PRU13 diadakan lebih awal sebelum musim pemilihan jawatan di dalam UMNO semakin hangat diperkatakan. Samada Zulhasnan akan dikekalkan atau ditamatkan perkhidmatannya kali ini juga semakin menarik untuk diperhatikan. Senario Dr. Kamal Salih yang tidak terpilih semula sebagai calon pilihan raya pada tahun 1999 sedangkan beliau masih menjadi Ketua Bahagian Wangsa Maju, apakah akan terjadi kepada Dato' Sri Zulhasnan Rafique selepas ini di Setiawangsa?

Putaran senario politik ini nampaknya semakin menjadi kebimbangan kepada Zulhasnan, namun saya percaya kematangan yang dimiliki oleh Zulhasnan tidak memungkinkan untuk beliau membataskan sokongan dan juga komitmennya untuk memenangkan calon penggantinya dalam PRU13 nanti.

Kelibat Dato' Fauzi Zahari untuk menjadi calon ganti kepada Zulhasnan juga amat mencuri hati saya untuk mengulasnya. Fauzi Zahari bukanlah tokoh pemimpin yang tidak berwibawa, tetapi beliau sendiri tidak begitu yakin dengan kewibawaannya. Beliau dilihat hanya sebagai pemimpin yang dipimpin, dan bukan pula seorang pemimpin yang boleh memimpin.

Pemimpin yang bersikap menyorok untuk berhadapan dengan gelombang perjuangan merupakan 'Jenderal Perang' yang rela melihat anak buahnya terbunuh. Jika pemimpin jenis ini yang ditonjolkan sudah barang tentu jangka hayat kepimpinannya tidak bertahan lama. UMNO akan terus dirundung malang apabila mendapat pemimpin 'lowbatt' yang tidak mampu memberi sinergi seperti Fauzi Zahari.

Kehadiran Datuk Astaman Abdul Aziz yang menawarkan diri untuk bertanding G7 baru-baru ini telah membuatkan Fauzi Zahari pula yang pening kepala. Hairan sungguh kenapa Fauzi Zahari yang takutkan bayang-bayang Astaman sehingga beliau terpaksa berselindung dengan membuat pengakuan tidak mahu bersekongkol dengan Astaman dalam merebut salah satu kerusi G7 yang dipertandingkan?

Persoalannya, apakah penyertaan Astaman dalam sirkit G7 itu boleh mengancam kedudukan beliau sebagai Naib Ketua Bahagian? Sebenarnya beliau sendiri tahu bahawa Astaman tidak menggugatnya, tetapi beliau tidak mahu terheret sebagai penyokong kepada Datuk Astaman, kerana beliau tidak mahu Zulhasnan menghidu hubungannya bersama Astaman.

Tindakannya yang tidak merestui Astaman dimasukkan ke dalam 'chai kuning' bukan bermakna beliau menolak secara total kehadiran Astaman di Setiawangsa, cuma beliau merasakan terlalu awal untuk Astaman membunyikan wiselnya sehingga ia disedari oleh Zulhasnan. Beliau sendiri mengetahui betapa kuatnya pengaruh Astaman untuk menandingi dominasi Zulhasnan di Setiawangsa, tetapi dirinya tidak mahu terkait dengan gelombang itu buat masa ini.

Jika demikian permainan politik Fauzi Zahari, saya tetap berpendapat kewibawaannya tidaklah sehebat Zulhasnan. Daripada Fauzi, baik lagi Zulhasnan!

16 comments:

  1. ASTAMAN TAK DI PILIH SEBAGAI WAKIL RAKYAT TITIWANGSA KERANA BELIAU SENDIRI TAK BUAT KERJA UNTUK RAKYAT TITIWANGSA.....ASTAMAN MASUK SETIAWANGSA KERANA ADA KETUA KETUA CAWANGAN YANG DAH KEMARUK DUIT MINTA DIA MASUK SUPAYA SENANG MAAAASSSUUUUKKKKKKKKK..........KAT WANGSA MAJU ORANG DAH MENYAMPAH DENGAN ASTAMAN......JANJI YANG DI KOTA TAK DITUNAIKAN....ZULHASNAN KALAH DI TANGAN ASTAMAN DI WANGSA MAJU SEBAB ASTAMAN MAIN DUIT MANAKALA ZULHASNAN SEBALIKNYA........BEGITU JUGA SENARIONYA BILA DIA BERTANDING G7...APA YANG TAK DI BERINYA...TUPAI TUPAI......HOTEL LEGEND......MUARA IKAN BAKAR KLANG.............SANTAI DI MENARA SERI JATI..........ALI MAJU RAMPAI BUSINESS PARK.......DAN MACAM MACAM MAJLIS LAGI RAIKAN PERWAKILAN....TOILET THE ROYALE CHULAN LAGI....HAHAHAHAHAHAHAHAH.....TAK MALU.......

    ReplyDelete
  2. Kalau ada yang berkata Zulhasnan tewas di tangan astaman kerana dia tak main duit, adalah silap. Banyak majlis pertemuan dan jamuan makan diadakan, cawangan2 juga diberikan peruntukan mesyuarat agung. Zainal Nazeri juga turut membantu kempennya.Jangan nampak keburukan kpd org lain, tapi dekat di mata tak nampak.

    ReplyDelete
  3. Kenapa agaknya ada org begitu mudah melemparkan tuduhan yg melulu dan tidak berasas kpd astaman hanya kerana beliau menang dlm pertandingan G7.Mungkinkah yg memberi komen itu drpd kalangan chai kumpulan yg 'kalah bermaruah?' bersikap 'sour grape'.Prejudis dlm penulisan amat tererlah,yang disokong tiada cacat cerlanya dan yang ditentang semuanya burok seolah olah dunia ini hanya ada warna hitam dan putih sahaja.Nasihat saya sebelum kita hendak menghakimi moral org lain lihatlah dulu diri kita takut nanti kata dulang paku serpih,mengata org kita yg lebih.

    ReplyDelete
  4. Salam ,

    Mari lah , kita pengundi diParlimen Setiawangsa menjadi pengundi yang matang .

    Pilih pemimpin UMNO dan Wakil Rakyat yang dekat dimata dan berani berhadapan dengan isu yang rakyaat sedang hadapi . Kalu nak menghadapi ISu Rakyat sebenarnya tak perlu jawatan sangat . Sampai masa pilihan raya Umum taulah rakyat Setiawangsa nak pilih mana satu pemimpin yang telah dinilai nya selama tempoh perkhidmatan .

    Pemimpin UMNO perlu Fokus Peranan yang sepatutnya menjadikan UMNO lebih Relevan dimata mata rakyat dan masyarakat setempat, yang sepatautnya menjadi salurunan penting dan berani dalam menanggani ISU .

    Maksudnya pemimpin mesti berani bukan ahli atau rakyat yang terpaksa jadi berani .

    Ketika itulah timbul krisis kepimpinan dimata rakyat terhadap kerajaan yang ditunjangi Parti UMNO diseluruh negara .

    Maka akar umbi pula mula keluar dari tanah untuk turut bersama menanggani krissis , setelah dikira kepimpinan menghadapi masaalah yang memerlukan pandangan akar umbi yang selama ini munkin seperti tak kelihatan peranan nya .

    Saya juga berminat nak mengupas secara lebih mendalam senario UMNO dibahagian Setiawangsa. Kalau keperluan nya sudah sampai masa . Kerana Hanya satu lagi yang tinggal Parlimen BN di Kuala Lumpur ni .

    Senario hari ini Rakyat perlu pemimpin yang benar berjiwa rakyat dan berani berani.

    Bukan kaya tapi tak berani ,bukan kacak tapi tak berani , bukan pandai tapi tak berani , kerana jika pemimpin yang tak berani mereka ini sentiasa berada di belakang rakyat .

    Jika kita memiliki pemimpin yang berani , mereka sentia berada dihadapan rakyat dalam apa situasi .

    Ini sejarah dan landskape politi di negara Malaysia .

    Marilah kita jadi rakyat yang matang .

    Terima Kasih .

    ReplyDelete
  5. Satu kupasan yang menarik. Tak sangka Mat Yahya boleh menulis....

    ReplyDelete
  6. Salam ,

    Selamat menyambut puasa kepada semua pelayar mAYA BLOGERS BURAQ dan membuat amalan sebanyak yang munkin sempena Ramadhan Al-Mubarak .

    Terima kasih dari Buraq Selatan .

    ReplyDelete
  7. Pekara rasuah seperti ni lah yang menjadikan orang melayu meyampah ngan UMNO. Masih tak sedar sedar lagi. Bila di dedahkan seperti yang di buat olih Anak Kuala Lumpur maka melenting lenting olih yang mengaku sebagai pejuang UMNO. Sudahlah kamu semua ni pejuang taik kucing je.Megaku jelah semua kerana duit.Mat yahya ni beria ia sangat sokong Astaman ni kena apa. Jawab nya duit Astamam banyak. Apa besar nya sangat jasa Astamam kepada UMNO sehingga mesti di tabalkan pula di Setiawangsa sesudah di sepak dari Titiwangsa dan Wangsamaju.Takada ke lagi pemimpin dari Setiawangsa yang bolih di tingkatkan.Jawab nya senang tiada pemimpin dari Setiawangsa yang terikut ngan nafsu serakah orang seperti mat yahya, Rahman Hashim dan lain lain manusia yang bersifat iblis tu. Kepada Buraq kalu berani siarkan tulisan saya ni.

    ReplyDelete
  8. Kepada saudara yang menulis 'tanpa nama' di atas, sebaik2nya saudara jelmakan identiti anda...jangan berani tulis aje tapi pengecut bubuh nama. Kenapa menyifatkan orang yang menyokong seseorang yang bukan pilihan anda dianggap sebagai 'iblis'. Kalau begitu saya juga boleh menyifatkan anda yang tak menyokong pilihan saya itu sebagai 'iblis bin syaitan'.

    ReplyDelete
  9. Mat soal nya betul atau tidak pekara yang di bangkitkan tu belaku.Kalau tidak nafikanlah.Kalau betul sesungguh nya lah saudara ngan konco konco saudara akan menjahanamkan UMNO. JaNgan di persoalkan berani atau penakut.Kita sama sama ahli UMNO yang ingin melihat UMNO kembali Kuat di Wilayah ni. Tapi kalau ini ciri ciri yang ingin di bawa olih Astamam saya rasa sesungguhnya Setiawangsa akan mengikut jejak Titiwanghsa dan Setiawangsa. Mat , sedarlah anda dah di beri rezeki melimpah melalui UMNO .Seiapa anda kalau tidak kerana UMNO. Tak cukup kelagi yang telah anda dapat. Berjuang lah secara iklas untuk UMNO.

    ReplyDelete
  10. Saya rasa saranan saudara itu lebih tepat ditujukan kepada diri anda sendiri. Saya menyokong Astaman, samalah juga orang lain yang menyokong saudara. Kenapa mesti sokongan yang diberi dianggap Iblis? Tanggapan sedemikianlah yang menjurus kepada keangkuhan....kelemahan orang lain nampak, tapi kelemahan sendiri tak mengaku.

    ReplyDelete
  11. Jangan lari pekara yang di bincangkan.Cuba renungkan:
    1 ASTAMAM ADA LAH SEORANG PEMIMPIN KORUP...ini telah terbukti.Adakah anda bolih menafikan nya
    2 ASTAMAN TELAH DI BERI PELUANG MEMIMPIN TAPI GAGAL........adakah anda bolih menafikan nya.
    3 ASTAMAM TELAH DI TOLAK OLIH AHLI UMNO DI TITIWANGSA DAN Wangsamaju......adakah bolih di nafikan kebenaran ini.
    4 ASTAMAM HANYA BERMINAT KEPADA JAWATAN UNTUK MENONJOLKAN DIRI SEPERTI AHLI MAJLIS FAM. APA JASA BELIAU PADA BOLA SEPAK NEGARA.....bolihkah anda menafikan nya.

    Jadi saya tak nampak apa signifikan nya Astamam dalam kontek UMNO Setiawangsa.Tak tau lah pulak apa yang engkau nampak dan pikir sesungguh Astamam ini ada seorang pejuang tulin UMNO yang mesti nobatkan dan di selamat dan di berikan tempat dalam UMNO agar UMNO dapat di perkasakan.

    ReplyDelete
  12. Salam 1 Malaysia,

    Tuan-tuan merupakan "ORLIGAKI" atau pun dalam bahasa melayu adalah "ORANG LAMA" didalam parti UMNO ini, seharusnya pengalaman yang konon-kononnya dipelajari oleh tuan-tuan dari pejuang-pejuang terdahulu dapatlah kiranya diterjermahkan melalui sifat-sifat peribadi serta kematangan berpolitik supaya golongan muda masakini dapat menjadikan ianya sebagai contoh.

    Tapi sayang seribu kali sayang, sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah "ORANG LAMA" ini amat memalukan, mengalahkan budak-budak hingusan, masing-masing cuba menengakkan benang yang basah,terang lagi bersuluh dan bangkai gajah manakan mungkin dapat ditutup.Pilihanraya UMNO masih jauh lagi tetapi ada puak-puak yang sudah mencongak-congak memikirkan jawatan tanpa segan silu mencoretkan didalam blog mengenai calon favourite seolah-olah Setiawangsa ini sudah tiada Ketua Bahagian. Dimana hilangnya rasa hormat, beliau wajar dihormati kerana tuan-tuan sendiri yang memilih beliau untuk mengetuai Setiawangsa ini.

    Bukanlah salah untuk bermimpi yang indah-indah tetapi janganlah bermimpi tinggi sangat, khuatir kelak memakan diri dan ini sudah banyak terjadi. Jika kita tewas pada PRU 13 nanti, semua Jawatan sudah tidak berguna lagi.

    Sempena Ramadhan yang akan tiba dalam masa 14 hari lagi, mari kita bersama-sama bermuhasabah diri, perbetulkan diri sendiri sebelum menyalahkan diri orang lain.... dan yang paling penting adalah menJAUHI RASUAH....

    Tidak mengata sesiapa akan tetapi sesiapa yang makan cili, dia lah yang terasa.

    Selanjutnya tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi.....???

    ReplyDelete
  13. Salam Wadah pemuda..............

    jika semua apa yang utarakan diatas perangai buruk orang yang mengaku pejuang UMNO maka saya bagi pihak pemuda merayu buat lah kerja di cawangan masing masing perbanyak kan aktiviti masyarakat riadah serta keagamaan....supaya apa tuan tuan.....supaya ALLAH membuka hidayah kepada mereka yang menyokong pembangkang agar mereka turut bersama UMNO dan berjuang untuk Agama Bangsa Dan Tanahair tercinta......bolehkah!!.... tuan tuan buat.......jangan hanya pandai berpantun sahaja....jangan hanya pandai menabur janji sahaja.........jangan hanya pandai merasuah orang sahaja....INSAFF!!! LAH!!!!!!!kalau kita bercakaran sekarang india dan cina ketawakan kita ajer....sapa tahu mungkin tuah Zulhasnan pada pilihanraya berikutnya....masih di pilih oleh presiden untuk menjadi calon....gerak dan setiap perbuatan datang dari ALLAH.....manakan tahu, ALLAH gerakan hati najib untuk pilih Zulhasnan.....kenapa saya kata begitu.....sebab ada dua tiga orang uztaz berkata begitu......jadi fikir fikirkn lah........salam dari warga cekak.............TAKBIR.. ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
  14. sang wadah pemuda..
    Kalau dah makan duit zulhasnan tak perlulah nak angkat2 pulak..jgn masuk bakul angkat sendiri..janggal tu..

    ReplyDelete
  15. wahai si lingtangjalong.....saya tak makan duit zulhasnan saya makan duit dato' halim...........

    ReplyDelete
  16. salam

    harapan sy wakil rakyat datang dr umno. yang peting org itu telah lama bekerja utk masyarakat....namun yg demikian yg harus kita risau org umno yg suka baling batu sembunyi tanggan...ade org boleh naik kena pancung....namun yg demikian kita tak perlu risau siapa pun yg bakal (dr umno)asalkan dia tulus dan yg penting rezeki itu Allah yg tentukan....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.