July 23, 2010

G7 DITUDUH MENYOGOK WANG....LURUS TELUNJUK, KELINGKING BERKAIT!




Foto di atas: Mereka yang menang G7, benarkah perwakilan bermata duitan memilih mereka?

Saya terpanggil untuk membuat ulasan mengenai isu perebutan kerusi G7 di peringkat UMNO Bahagian Setiawangsa yang telah berlangsung 12 hari yang lepas (11 Julai, 2010). Sebelum mengulasnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang menang.

Diantara mereka yang telah berjaya ialah Samad Saim, Azhar Kassim, Abdul Rahman Hashim, Datuk Astaman Abdul Aziz, Ahmad Laili Tajul Arus, Shaari Sidek dan Wan Zainal Wan Chee. Mereka yang tersebut memang layak memenanginya kerana masing-masing telah berjaya memperolehi mandat dan jumlah undi majoriti daripada perwakilan yang hadir ke persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa pada 11 Julai lalu.

Bukankah adat demokrasi telah meletakkan sesiapa yang memperolehi majoriti undi tertentu maka dialah layak untuk memenangi jawatan yang direbutnya itu. Kemenangan dan juga kekalahan merupakan rempah ratus dalam kerja buat demokrasi. Ketewasan bukan bermakna kalah semua, begitu juga kemenangan bukanlah menang semuanya.

Persoalannya ialah kenapakah di Setiawangsa ini perebutan kerusi G7 yang dipertandingkan itu bagaikan sebuah kapal yang terumbang ambing di tengah lautan sehingga kapal kehilangan sauh sebelum tenggelam di dasar laut?

Mengapakah pihak yang kalah tidak mahu menerima hakikat bahawa kemenangan yang diperolehi oleh mereka yang berkenaan adalah suatu mandat yang telah ditunjukkan oleh majoriti yang mengundi? Tanpa adanya perwakilan yang mengundi pasti tidak ada yang kalah dan tidak ada pula yang menang.

Saya mengikuti blog rakan saya 'semarakwangsa' di mana ulasan-ulasan yang diberikan terhadap liputan berita mengenai G7 di Setiawangsa telah dijadikan pentas pertikaian oleh pihak tertentu. Begitu juga saya nak respon dengan kupasan yang dibuat oleh blog 'anak Kuala Lumpur' (http://budakkualalumpur2.blogspot.com) yang celupar mulut membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya yang mengaitkan penglibatan Datuk Astaman dalam pertandingan G7 kali ini.

Nampaknya pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu terus menggandakan andaiannya untuk tidak menerima kejayaan Samad, Azhar, Rahman, Datuk Astaman, Mat Laili, Shaari dan Wan Zainal dengan berbagai hujah negatif sehingga terbawa-bawa emosi menuduh dan mendakwa mereka yang menang itu sebagai menang yang tak bermaruah; dan mendakwa mereka yang terkandas sebagai kalah yang bermaruah.

Apa maknanya itu...? Bukankah yang menang dan yang kalah itu merupakan pemimpin-pemimpin UMNO juga? Kenapa mesti kita menuding jari yang kalah itu bermaruah, dan yang menang pula sebagai tak bermaruah? Bagaimana pula dengan individu tertentu 'tanpa bernama' yang menulis dan mengkritik di dalam blog semarakwangsa itu, apakah dia seorang yang bermaruah? Kalau seorang pejuang yang berani, dia takkan menyorokkan identitinya...itu pengecut namanya!

Tindakan melontarkan kesalahan hanya kepada orang lain tanpa menyuluh dalaman diri sendiri sebenarnya itu lebih tidak bermaruah malah si pengecut itu bagaikan seorang 'pelacur politik' yang mesti dikutuk kerana kehinaannya itu.

Kepada pelacur politik ini, saya nak cabar saudara.....jika benar-benar anda seorang politikus yang ada telor maka janganlah bermain api, kelak membakar telor sendiri! Kalau berani berumah di tepi pantai, jangan takuti ombak yang sedang mengancam diri anda! Cerminlah diri sendiri, jangan hanya melihat cermin orang lain semata-mata.

Saya sendiri pun hairan, orang yang pengecut ini seolah-olah melihat G7 ini sebagai pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian. Tahukah anda G7 tak sama dengan Ketua Bahagian. Apakah Samad Saim yang menang undi tertinggi maka kita patut menuduh dia bakal Ketua Bahagian?

Begitu juga dengan Azhar Seleku dan Rahman Hashim, mereka berdua menang dengan jumlah undi yang sama (96 undi), apakah mereka berdua lebih hebat daripada Zulhasnan Rafique, Halim Samad, Fauzi Zahari dan tokoh-tokoh yang lainnya?

Begitu juga saya nak bertanya, apakah kehadiran dan kemenangan Datuk Astaman di tangga ke-4 dalam G7 itu boleh dianggap sebagai satu ancaman? Ancaman kepada siapa? Bukankah rasa yang pedas itu hanya kepada mereka yang tergigit cili? Orang yang tidak tergigit cili, dia takkan merasa kepedasan.

Saya pun nak tahu juga, kenapa Wan Zainal Wan Chee yang menang tangga ke-7 tidak dituduh sebagai penyuap wang? Jika mereka yang memperolehi kemenangan dianggap telah menyogok duit, maka hebatlah Wan Zainal kerana berjaya menyogok duit kepada 82 perwakilan. Begitu juga Shaari, Mat Laili, Rahman, Azhar dan Samad mereka telah menang cemerlang, apakah wajar kita menuduhnya menang tak bermaruah....main duitkah mereka ini?

Kenapa Shuib Ibrahim yang menang majoriti besar dalam pertandingan G7 tahun lepas tidak diandaikan sebagai pengamal politik wang juga? Dia juga 'berwang' di Setiawangsa ini. Mungkin binatang beruang tidak pandai menilai wang, tetapi manusia yang 'berwang' pasti sedikit sebanyak akan berbelanja juga dengan kekuatan wangnya itu.

Saya berani mencabar apakah beliau yang pernah tewas di tangan Dato' Halim Samad ketika merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2008 lalu tidak pernah berbelanja dengan wang? Jika bukan dengan wang, adakah beliau berbelanja dengan 'daun duit-duit' sahaja?

Saya juga ketika ditentang oleh Halim Samad pada tahun 2004 untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian Setiawangsa, tidak menafikan sedikit sebanyak terpaksa berbelanja untuk menggerakkan jentera bagi mempastikan saya tidak kalah. Namun Tuhan mentakdirkan saya kalah juga, dan saya pun kehilangan jawatan nombor dua itu.

Saya tidak pun tersasau untuk menuding jari akibat kekalahan saya itu, jauh sekali untuk saya mendakwa Dato' Halim Samad telah memenangi jawatan itu sebagai tidak bermaruah. Saya rasa dia juga telah mengeluarkan sedikit belanja untuk membantu kejayaannya itu. Tetapi saya tidak tergamak untuk menuduhnya sebagai pengamal politik wang, sebagaimana Shuib menuduh Astaman yang telah menang memikat hati 95 perwakilan untuk G7 2010 yang lepas, kononnya 95 perwakilan yang mengundinya seolah-olah mata duitan.

Bukan itu sahaja, beliau juga dikatakan begitu cabul mengandaikan orang yang memberikan sokongan kepada Astaman yang didakwanya menggunakan wang itu sebagai 'iblis'. Kesian saya mendengar rintihan orang yang didakwanya sebagai iblis yang mahu menyokong Astaman.

Adakah benar Shuib berkata sedemikian? Mungkin Shuib tidak melemparkan tuduhan 'Astaman Main Duit' kepada diri saya, tetapi ramai kawan-kawannya sendiri yang telah menyokong Astaman yang mengadu kepada saya bahawa Shuib pernah berkata sedemikian.

Saya ingin menasihatkan Shuib dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya supaya janganlah berlagak sombong, angkuh dan riak dengan kekayaan pemberian Tuhan itu. Janganlah beriri hati dengan kejayaan orang lain yang mungkin lebih berpengaruh daripada dirinya sendiri.

Saya tidak berhajat untuk menyamakan dirinya dengan Astaman, kerana Astaman bukanlah berperangai seperti dia. Mungkin dia sendiri tak tahu bahawa ramai juga yang membuat persepsi buruk mengenai dirinya, termasuk mereka yang pernah menerima sesuatu daripadanya.

Jangan bersangka jahat kepada orang lain, jikalau diri sendiri tidak bersih akhlaknya. Oleh itu sama-samalah kita bertaubat, Tuhan lebih mengetahui segala-galanya.


8 comments:

  1. Tertarik dengan pendapat buraq. Memang di setiawangsa terdapat sorang tu yang bongkak dan ego. Semua orang tak betul kecuali dia saja yang betul. Kalau bagi duit suka ungkit. Pertolongan yang tak ikhlas.

    ReplyDelete
  2. Salam ,

    Jangan bersangka jahat kepada orang lain, jikalau diri sendiri tidak bersih akhlaknya. Oleh itu sama-samalah kita bertaubat, Tuhan lebih mengetahui segala-galanya.
    Bukankah adat demokrasi telah meletakkan sesiapa yang memperolehi majoriti undi tertentu maka dialah layak untuk memenangi jawatan yang direbutnya itu. Kemenangan dan juga kekalahan merupakan rempah ratus dalam kerja buat demokrasi. Ketewasan bukan bermakna kalah semua, begitu juga kemenangan bukanlah menang semuanya.

    T.q

    ReplyDelete
  3. tahniah dan shabas munculnya satu lagi blog buraq dalam setiawangsa..tahniah

    ReplyDelete
  4. Maka bermulalah peperangan dlm negeri indera setiawangsa namanya..kisahnya bermula hanyalah drpd perkara kecil.seekor badak air membadai badai kepelosok kampong dengan gah nya kesana sini lalu diambil pembesar negeri menjadi bendahara..terkedu para hulubalang raja nak disanggah takut dipotong gaji..tapi khalayak ramai tahu itu punca porak poranda nogori..maka setelah sebahagian cerdik pandai cuba menasihati pembesar negeri maka badak terus pula diberi naungan dek kecil amat dihati tak terperi maka dendam lama berdetik kembali..setelah mendapat keris sakti bendahara pun apa lagi gunakan kuasa macam bengali..habis disaman mana yang tak reti..utusan fitnah bermain sehari hari..sampai sms nombor pun tak sempat ikut sekali..Sang arjuna terus melompat di kopitiam tempat mesyuarat..kata putus telah dibuat maka panglima bertujuh sudah sepakat..di medan tempur hanya lima yg datang pasal yg sorang malu tak bertempat entah kemana hilang kelibat rupa2nya mainan bertempat..gegak gempita dewan dibuat bendahara dikata merata merempat sembunyi diri dari sang iblis..takut dapat hasil khurafat hasil dari kuat mungumpat..tersasul pula gong silat buat usul yang tak pernah dibuat..hampir terlepas kerbau dikandang dengar usul macam dibendang..Pembesar loya makin kuat pening minta bantuan org temerloh,pantang disanggah membujur lalu melintang patah..dulu sibadak bendahara pun beliau libas inikan pula sikecil kg bharu nak bermuka muka...pantang tok nenek koi kat cheras siapa lagi nak ganggu raja ku yang telah menyuapkan nasi kemulut ku..dah hilang akal kah korang lepas pembesar labuan dan batu ko orang tubakan..kau siapa? Raja nong Chik,Abas Batu,Shafie org kampong ku,Si ramlan muflis,TG nan ngan si raof ferrari..selagi hidupku hasil tingalan ayah ku ini bersama sama kambing boernya bersama ikan patin sekolamnya jgn ko orang sentuh pembesar ku,raja ku ini..kerana takhta negeri setiawangsa ini hanya milik mereka mereka sahaja...Terdengar berita ini wahai rakyat rakyat jelata sekelian maka jangan kamu buang masa sesaat pun...asahlah parang dan tombak2 ini untuk dibawa ke hotel 5 bintang semasa jamuan puasa nanti..kita perang habis habisan...jangan di benarkan sebarang makluk jin atau iblis masuk ke dewan itu nanti..beta istiharkan perang di wilayah negeri beta sekalian jajahannya..bendahara..keluarkan peti peti harta rampasan kamu dulu dan sebar sebarkan merata pelusuk cawangan....TAUBAT ???..itu tahun lalu di mekah.disini belum!!!

    ReplyDelete
  5. Berita terbaru..akhirnya kito dah tahu siapa sebenarnya bdak kolumpo tu..ngape dato ketua bahagian buek camtu..kok nayo kawe kawe dok saing...

    ReplyDelete
  6. Kawan dah tahu lama dah siapa budak kl tu .... penulis upahan dan tak berintegriti cuma kawan x mau malukan dia ..... citenya buat fitnah.. mula2 Tenku nan, syed ali, Shafei, abas , Mustafa dann Raja Nong Chik mcm take dia bagus... sekarang padan muka x de jawatan dlm kabinet......

    ReplyDelete
  7. Kpd Dato' Astamam Aziz

    Berhati2lah dgn penyagak2 politik d Setiawangsa, dulu mereka2 inilah yg berjuang habis2an menyokong Shuib, sekarang terbalik kot... apalah punya pejuang di mana dahan rimbun di situ mereka hinggap....Ahmad Yahya konsisten dengan perjuangannya dan pemimpin yg harus di contohi.... Dato' Zul.... xde jawatan kejap2 k luar negara ...merajuklah tu...

    ReplyDelete
  8. salam, hang jebat pernah berkata 'raja adil raja disenmbah,raja zalim raja disanggah'
    Kami berkata 'pemimpin baik patut disokong dan disanjung,pemimpin tak baik harus ditegur dan dibendung'Pembawa fitnah harus dimusnah,pengadu dumba harus dimasukkan kerumah orang gila supaya ummah akan aman sentiasa.
    syabas kpd lintangjalong diatas satu penulisan yg menarik,informatif dan penuh keberanian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.